Man City, Man United dan Arsenal membuat percubaan untuk menandatangani pemain yang sama.

Merih Demiral
Kisah perpindahan Merih Demiral semakin hangat.

Sabtu lalu dakwaan dari Itali mengatakan bahawa Leicester City telah membuat tawaran berjumlah £25.5 juta untuk mendapatkan khidmat Merih Demiral.

Malah perkara ini turut pernah dilaporkan pada pertengahan Disember mengenai minat Foxes terhadap pemain Turki itu, bahkan nilai yang sama turut diperkatakan tanpa sebarang perubahan.

Sky in Italy are reporting that the Foxes have had a bid in excess of £25.5m for the defender rejected by the Italian champions.Sky Sport Itali

Bagaimanapun, Tuttosport dalam laporan hujung minggu telah mengheret Manchester City dan Manchester United ke dalam kisah perpindahan ini dengan kedua-dua kelab itu dikatakan telah membuat percubaan untuk menandatangani pertahanan tersebut.

Kita mungkin tidak terkejut dengan nama Manchester United yang pernah dikaitkan sebelum ini, cuma nama City sedikit mengejutkan apabila turut diseret kali ini.

Sebelum ini juga laporan dari Itali mendedahkan bahawa Juventus telah menolak percubaan kelab Jerman, Borussia Dortmund untuk mendapatkan Merih Demiral dengan tawaran berjumlah 34 juta pound.

Juventus are also reported to have turned down an offer of £34m from Borussia Dortmund for the 21-year-old. Sky Sport Itali

Arsenal juga disebut dengan perkara yang sama (membuat percubaan untuk menandatangani Demiral), yang mana ianya tidaklah begitu mengejutkan memandangkan The Gunners telah dikaitkan dengan pemain ini sejak beberapa bulan yang lalu.

Sekiranya Mikel Arteta mahu memperkukuhkan barisan pertahanan pada jendela Januari, pemain berusia 21 tahun ini dilihat pilihan yang wajar, yang harus dipertimbangkan.

Pun begitu, Arsenal juga turut dikaitkan dengan pertahanan Barcelona, Samuel Umtiti.

Samuel Umtiti dikatakan menjadi sasaran Arsenal pada jendela Januari ini.

Bagaimanapun, Tuttosport menegaskan Juventus telah membuat keputusan dimana mereka tidak akan menjual pertahanan muda yang sedang meningkat naik itu.

Malah mereka sedia menghalang pemain tersebut daripada meninggalkan Stadium Allianz pada jendela Januari.

Kelab Inggeris ketika ini antara yang paling banyak dilaporkan berminat terhadap pertahanan Juventus itu dengan Manchester United, Manchester City, Tottenham Hotspur, Arsenal dan Leicester City.

Manakala AC Milan merupakan satu-satunya kelab lain (selain kelab Inggeris) yang dilaporkan berminat terhadap Merih Demiral.

Adakah ini satu strategi pemasaran Juventus yang mahu menaikkan nilai pemain mereka itu?

Merih Demiral ditandatangani Juventus pada 5 Julai 2019 dari Sassuolo dengan nilai €18 juta dan pemain tersebut menandatangani kontrak selama lima tahun yang akan berakhir pada Jun 2024.

Nilai pasaran semasa bagi Demiral dianggarkan sekitar €20 juta dan Juventus mungkin berharap dapat menggandakan pelaburan mereka dengan menjualnya melebihi €40 juta, memandangkan permintaan tinggi untuk pemain ini.

Kini terserah kepada Manchester United, Manchester City, Arsenal dan yang lain untuk memutuskan sama ada untuk meneruskan pemainan media dan Juventus ini ataupun tidak.

€40 juta bersamaan £34 juta, namun tindakan Juventus yang menolak tawaran Borussia Dortmund berjumlah £34 juta mencerminkan bahawa The Old Lady mahukan lebih daripada nilai itu bagi memulakan rundingan.

November lalu, kami melaporkan dimana Arsenal dan Manchester United tidak begitu bimbang mengenai nilai tinggi untuk mendapatkan Merih Demiral.

About MyGooners 861 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment