Manchester United benarkan Marcos Rojo sertai Estudiantes

Marcos Rojo

Pemain pertahanan Argentina tersebut dijangka akan menyertai kelab Estudiantes secara pinjaman sehingga hujung musim.

Dia, yang telah diberi kebenaran untuk meninggalkan kelab semalam, mahu lebih banyak peluang bermain bagi merebut tempat dalam skuad kebangsaan Argentina bagi menghadapi kejohanan Copa America pada musim panas ini.

Rojo diberi jaminan oleh pengerusi kelab juga bekas pemain tengah Red Devils, Juan Sebastian Veron bahawa dia boleh memulihkan semula kariernya bersama Estudiantes La Plata.

Pemain berusia 29 tahun ini menyertai United dari Sporting Lisbon pada 2014, namun kariernya di Old Trafford sering kali terganggu dengan masalah kecederaan.

KARIER MARCOS ROJO BERSAMA MANCHESTER UNITED

Sertai Manchester United: 20 Ogos 2014
Jumlah penampilan: 122
Jumlah gol: 2
Jumlah bantuan gol: 4
Jumlah kad kuning: 28
Jumlah kad merah: 0

Perpindahannya ke Everton pada musim panas yang lepas juga menemui jalan buntu dan peluang bermainnya sangat terhad pada musim ini.

Dia hanya membuat sembilan penampilan dalam semua kejohanan setakat ini.

Rojo atau nama penuhnya Faustino Marcos Alberto Rojo menolak peluang untuk kembali ke Sporting sebagai sebahagian daripada perjanjian pembelian Bruno Fernandes, kerana dia lebih mahu pulang ke Argentina kerana dia percaya dia boleh membina semula reputasinya di negara kelahirannya itu.

Be the first to comment