Manchester United tidak boleh panggil Alexis Sanchez kembali ke kelab dari tempoh pinjaman di Inter Milan

Alexis Sanchez tidak akan kembali ke Manchester United dari tempoh pinjamannya di Inter Milan kerana tiada pilihan tersebut disertakan di dalam perjanjian kontrak pinjamannya.

Pengurus kelab, Ole Gunnar Solskjaer sudah menyatakan dia mahu mendapatkan seorang pemain backup buat jangka masa pendek selepas Marcus Rashford sah mengalami kecederaan serius di bahagian belakangnya.

United kini semakin kesuntukkan masa untuk memperkuatkan pasukan dalam jendela perpindahan pemain Januari ini.

Mereka mempunyai baki 11 hari sebelum jendela ditutup.

Kehilangan khidmat Rashford selama tiga bulan merunsingkan Solskjaer dalam aspek ledakan jaringan gol selepas membenarkan Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez meninggalkan kelab pada musim panas lepas untuk menyertai Inter Milan.

Lukaku menyertai kelab Itali tersebut secara tetap, namun Alexis hanya menyertai mereka secara pinjaman sehingga hujung musim 2019/20.

Dan sudah menjadi kebiasaan akan ada pilihan panggilan pulang semula ke kelab dalam kontrak pinjaman ini.

Tetapi difahamkan kedua-dua kelab ini membuat keputusan untuk tidak meletakkan pilihan tersebut di dalam kontrak pinjaman Sanchez – walaupun United dikatakan membayar separuh dari gaji mingguan berjumlah £300,000.

Sanchez telah membuat enam penampilan dalam semua kejohanan musim ini sebelum berehat hampir tiga bulan selepas mengalami kecederaan tendon ketika beraksi untuk skuad negaranya.

Bercakap selepas tewas 0-2 kepada Liverpool kelmarin, Solskjaer berkata: “Kami mungkin melihat perjanjian jangka masa pendek yang boleh bertahan sehingga musim panas akan datang.

“Kami melihat beberapa pilihan yang ada, dan jika kami perlu membeli, maka kami akan membeli.

Dan jika perlu meminjam, ianya juga satu pilihan.”

Be the first to comment