Connect with us

Arsenal

Manusia terkaya Afrika sekali lagi berbicara mengenai rancangan untuk membeli Arsenal.

Published

on

Aliko Dangote mengulas lanjut mengenai cita-cita dan rancangannya untuk membeli pasukan bolasepak Arsenal di masa hadapan.

Jutawan Nigeria itu secara terbuka mengakui untuk mengawal kelab yang disokong dan diminatinya.

Sebelum ini, beliau pernah berjanji untuk membeli Arsenal dari Stan Kroenke namun usaha beliau terbantut ekoran urusan perniagaannya yang lebih memerlukan perhatian.

Dangote yang berusia 60 tahun kini sedang dalam proses membina kilang penapis minyak bernilai $ 11 bilion di Lagos, yang mana menurut beliau akan menjadi kunci utama dalam usaha beliau memiliki Arsenal.

Advertisement
Dangote berhasrat untuk memiliki Arsenal satu hari nanti.

Jadi apa sebenarnya yang dikatakan Dangote mengenai niatnya terhadap The Gunners?

Dangote, yang merupakan lelaki terkaya di Afrika, telah membuat tuntutan yang sama tidak kurang daripada lima kali dalam beberapa tahun kebelakangan ini untuk membeli Arsenal.

Seperti yang dilaporkan oleh Mirror, Dangote terpaksa menolak rancangan awalnya untuk membeli The Gunners untuk membenarkan fokus pada syarikatnya sekarang.

Petikan laporan Mirror 13 Jan. 2020

Dangote merupakan individu ke-136 terkaya di dunia dengan nilai bersih berjumlah $ 10 bilion berdasarkan senarai Forbes.

Beliau telah meletakkan sasarannya dua tahun lalu ketika dia berkata: “Kami akan memiliki Arsenal pada 2020 … walaupun ada yang membeli, kami masih akan mengejar mendapatkannya.”

Walau bagaimanapun, kelewatan dengan pembinaan kilang minyaknya, projek Penapisan Dangote telah menyaksikan beliau terpaksa menunda rancangannya dengan pembinaan masih dijalankan di Lagos dan dijangka siap sehingga tahun depan.

Advertisement

Bercakap kepada David Rubinstein Show untuk Bloomberg, Dangote menjelaskan rancangannya untuk memiliki Arsenal:

Ia adalah satu pasukan yang saya ingin membelinya suatu hari nanti tetapi apa yang saya katakan adalah kita mempunyai projek bernilai $ 20 bilion dan itulah yang saya benar-benar mahu menumpukan perhatian.

Saya cuba menyelesaikan pembinaan syarikat itu dan kemudian selepas semuanya selesai, mungkin pada 2021 kita boleh [membelinya].

Saya tidak akan membeli Arsenal sekarang, saya hanya akan membeli Arsenal apabila saya menyelesaikan semua projek ini, kerana saya cuba membawa syarikat itu ke peringkat seterusnya.

Advertisement

Pihak lembanga pengarah Arsenal diketuai oleh Stan Kroenke yang telah lama menerima kritikan dari peminat The Gunners yang tidak puas hati kerana masih bergelut untuk memenangi kejuaraan.

Pun begitu, walaupun Dangote dengan jelas menyatakan minat dan niatnya, ia masih bergantung kepada Kroenke sama ada beliau sudi membincangkannya atapun berunding untuk melepaskan pegangan saham miliknya.

Adakah Kroenke sedia melepaskan pegangan sahamnya kepada Dangote?

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply