Martinelli fokus terhadap Arsenal, tiada rancangan berpindah.

Martinelli, Brazil
Gabriel Martinelli
Pemain muda Arsenal ini bercakap mengenai musim pertama di kelab dengan menegaskan tiada rancangan untuk berpindah.

Penyerang Arsenal, Gabriel Martinelli telah muncul dalam akhbar Brazil, O Estado de São Paulo edisi semalam (29 Januari 2020).

Pemain berusia 18 tahun itu ditemubual dan kisahnya dilaporkan dalam akhbar tersebut mengenai ketibaannya di Arsenal, impaknya yang segera bersama kelab dan masa depannya dalam bolasepak antarabangsa.

“Hari pertama sangat menarik. Saya mengambil gambar di kelab itu dan pergi makan tengah hari, ia adalah meja yang sangat besar.

“Mereka datang untuk bercakap dengan saya dan saya tidak tahu bagaimana untuk menjawab”, Gabriel Martinelli memberitahu Estadao.

“Kemudian saya menukar pakaian dan pergi ke gym.

“Semua pemain berada di sana dan saya fikir: ‘Ia adalah impian untuk berada di sini dengan bintang bolasepak. “

“Untuk bercakap dengan rakan sepasukan, kebanyakan mereka tahu bagaimana bercakap menggunakan bahasa Sepanyol dan saya boleh bercakap sedikit dalam bahasa Inggeris.

“Untuk memberi temu bual, ia lebih sukar.

“Ini merupakan salah satu bahagian paling sukar kerana saya tidak pernah belajar bahasa Inggeris.”

“Ibu saya ada di sini dan menyediakan makanan yang saya suka.

“Tetapi saya rindukan seluruh keluarga dan rakan-rakan saya.

“Saya mempunyai tiga adik-beradik perempuan, dua orang yang sudah berkahwin dan seorang lagi masih kecil, dia berumur 8 tahun.

“Dia tidak boleh datang ke sini kerana masih bersekolah, saya merindui dia, saya dahulu selalu berjumpa dengannya setiap hari, menjemputnya di sekolah.

“Tetapi kini, kami selalu bercakap di telefon.”

Dengan 10 gol dan empat bantuan gol dalam 22 perlawanan, Martinelli merupakan pemain termuda untuk menjaringkan gol sebanyak itu dalam satu musim.

Beliau bagaimanapun berkata nasihat daripada ibu bapanya banyak membantu beliau supaya statistik tersebut tidak banyak mengganggu perkembangan bolasepaknya.

“Sukar untuk saya berfikir sehinggalah baru-baru ini bahawa saya bermain untuk Ituano dan sekarang saya di sini [Arsenal].

“Sangat bagus untuk melihat orang ramai bercakap mengenai saya, tetapi saya perlu fokus dan terus berusaha keras untuk mencapai perkara yang lebih besar.

“Ayah dan ibu saya banyak bercakap dengan saya dan sentiasa mengingatkan saya dimana saya berpijak dan supaya tidak lupakan diri.

Mengenai karier antarabangsanya, Martinelli turut ditanya sama ada dia berfikir untuk menyarung jersi Brazil di masa hadapan: “Sudah tentu saya berminat, tetapi saya masih muda.

“Tumpuan utama saya sekarang ialah Arsenal, jika dipanggil, ia adalah sebaliknya.”

Martinelli juga tidak dapat memberikan kata putus mengenai pasukan kebangsaan manakah yang akan dipilihnya.

Beliau ketika ini mempunyai pilihan untuk mewakili Brazil ataupun Itali.

“Saya mempunyai pilihan untuk bermain mewakili Brazil atau Itali.

“Saya tidak mempunyai apa-apa untuk dijelaskan [mengenai pasukan kebangsaan] tetapi saya melakukan tugas saya di sini, di Arsenal.

“Ini semua adalah hasil dari kerja kuat yang saya lakukan di sini”.

Dengan akhbar Inggeris mengatakan Arsenal akan menggandakan gajinya untuk mengelakkan minat dari kelab lain, pemain muda itu ditanya sama ada dia menerima sebarang tawaran setakat ini.

“Tiada siapa yang bercakap dengan saya mengenainya.

“Saya memberi tumpuan kepada Arsenal dan saya melakukan yang terbaik.

“Saya berhasrat untuk membantu Arsenal dengan menjaringkan lebih banyak gol dan mencipta lebih banyak kemenangan. ”

About MyGooners 874 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment