Connect with us

Arsenal

Mesut Ozil tidak sombong.

Published

on

Elneney dedahkan kisah beliau bersama Ozil.

Saya fikir Ozil sangat sombong” – Pemain pinjaman Arsenal yang kini beraksi di Turki, Mohamed Elneny dedahkan perihal mengenai Ozil.

Elneny telah berbicara kepada akhbar Turki, Sabah mengenai masa depannya dan hubungan beliau bersama Mesut Ozil.

Pemain antarabangsa Mesir ini dipinjamkan kepada pihak Super Lig, Besiktas selepas gagal mendapat peluang di Emirates ketika era pemerintahan Unai Emery.

Advertisement

Bercakap mengenai Ozil, Elneny berkata dia pada mulanya menganggap bintang Arsenal itu sangat sombong kerana pernah bermain untuk Real Madrid, tetapi terkejut melihat karekter sebenar yang ada pada diri bekas pemain kebangsaan Jerman itu.

“Ketika saya pertama kali menyertai Arsenal, saya fikir Ozil sangat sombong.

Kerana dia bermain untuk Real Madrid dan dia bintang di sana.

“Tetapi dia benar-benar mengejutkan saya.

Dia seorang yang hebat dan kawan saya yang hebat.

Advertisement

Dia sentiasa baik kepada orang lain di sekelilingnya. Dia sangat menghormati orang lain.

Anda tidak dapat mencari perkara seperti ini [pemain] dalam dunia bolasepak hari ini.

Elneny turut menambah mengenai masa depannya: “Saya amat komited untuk kejayaan Besiktas musim ini.

Saya tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan, tetapi saya membuat keputusan untuk tidak bercakap mengenai masa depan saya sehingga akhir musim.

Advertisement

Besiktas walaupun mempunyai pilihan untuk menukar perjanjian pinjaman Elneny kepada perpindahan kekal, bagaimanapun berdepan kesulitan ekoran kewangan mereka yang tidak kukuh untuk menebus klausa pinjamanan tersebut.

The Black Eagles juga menghadapi persaingan dari AC Milan selepas bapa Elneny mendakwa pasukan Serie A itu sangat berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Advertisement