Mike Dean dan VAR kecewakan Arsenal, cetus kemarahan Arteta.

Mike Dean
Tindakan pengadil perlawanan, Mike Dean jelas mengundang kemarahan pengendali Arsenal dan peminat The Gunners.

Mikel Arteta jelas kecewa dan marah selepas VAR menafikan penalti Nicolas Pepe ketika pertembungan menentang Sheffield United, malam tadi.

Kemarahan dan perasaan kecewa Arteta itu gagal disembunyikan beliau apabila jelas kelihatan pada temubual yang dilakukan selepas perlawanan yang berkesudahan terikat 1-1.

Peluang The Gunners untuk mencatatkan kemenangan kedua Liga Perdana dibawah Arteta terbantut malam tadi selepas penalti Pepe dinafikan Mike Dean.

Gabriel Martinelli meletakkan Arsenal didepan pada minit ke-45.

Gabriel Martinelli terlebih dahulu menjaringkan gol pembukaan perlawanan untuk Arsenal mendahului perlawanan di minit akhir separuh masa sebelum dipelawat menyamakan kedudukan pada minit ke-83.

Namun sebelum itu, pada minit ke-68 Pepe telah dijatuhkan didalam kawasan penalti lawan setelah berjaya menembusi pertahanan Sheffield United.

Pepe dijatuhkan dalam kawasan penalti Sheffield United pada minit ke-68.

Pepe jelas dijatuhkan selepas hadangan yang dilakukan oleh Jack O’Connell.

Namun Mike Dean, yang mengendalikan perlawanan dalam saingan tertinggi Liga Inggeris ke-500, gagal mengesan kesalahan itu dan enggan menghadiahkan sepakan penalti kepada Arsenal.

Malah keputusan VAR juga enggan membatalkan keputusan awal yang dibuat Mike Dean, menyaksikan pihak lawan terselamat dan Arsenal kempunan untuk menambahkan jaringan.

Arteta jelas kecewa dengan keputusan tersebut sambil turut membangkitkan keputusan yang sama terhadap Jorginho yang terselamat daripada menerima hukuman selepas tindakan pemain itu menarik baju Matteo Gunedouzi bagi mengagalkan usaha Arsenal untuk menjaringkan gol.

BACA: Jorginho terselamat daripada menerima kad merah sebelum menyamakan kedudukan untuk Chelsea.

Dan Arteta jelas merasakan pasukannya tidak mendapat sebarang kelebihan pada ketika ini, dengan sistem yang ada dan dengan pengadil yang mengadili perlawanan.

Mike Dean

“Saya fikir ia sangat jelas,” kata Arteta apabila ditanya sama ada dia menganggap hadangan O’Connell keatas Pepe sepatutnya menghasilkan sepakan penalti..

“Ia sama dengan Chelsea, sangat jelas. Saya tidak tahu berapa alat [sistem] yang kita perlukan?

“Banyak perkara berlaku dan cabaran semakin besar dan lebih besar kerana kami mendapat banyak kejutan setiap hari dengan beberapa kecederaan dan penggantungan.

“Tetapi kami bersedia untuk apa sahaja dengan apa yang kami ada, kami akan berusaha sebaik mungkin setiap kali kami beraksi dan kami melakukannya hari ini.”

Arteta kini telah mengendalikan enam perlawanan Arsenal dengan dua kemenangan dicatatkan, tiga seri dan satu kekalahan untuk kesemua pertandingan.

P W D L Win %
6 2 3 1 33.33

Bagaimanapun Arteta tetap memuji kehadiran penyokong dan sokongan yang diberikan mereka terhadap pasukan.

Arsenal membenarkan pihak pelawat menjaringkan gol penyamaan yang dijaringkan John Fleck, hanya 12 minit selepas kapten Alexandre Lacazette digantikan dengan pemain muda, Eddie Nketiah.

Penyerang Perancis itu telah mengharungi tujuh perlawanan tanpa gol tetapi Arteta gembira dengan penerimaan yang ditunjukkan dari peminat ketika bekas pemain Lyon itu dikeluarkan.

Beliau menambah: “Sudah tentu, saya fikir mereka (para peminat) menghargai kerja yang kami buat di sini.

“Para pemain dengan komitmen mereka, berapa banyak yang mereka inginkan, sikap mereka.

“Saya sangat gembira dengan para peminat kerana ia membuat perbezaan yang besar apabila kami mempunyai suasana seperti ini di halaman sendiri, ia sangat membantu.”

About MyGooners 875 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment