Mourinho kehilangan khidmat Kane.

Tottenham Hotspur akan menentang Middlesbrough, esok dan menerima kunjungan Liverpool pada 12 Januari ini.

Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho mengesahkan penyerangnya Harry Kane mengalami kecederaan hamstring ketika pertemuan menentang Southampton baru-baru ini.

Kane yang meledak 27 gol untuk Spurs dan England musim ini terpaksa dikeluarkan pada lewat permainan ketika Tottenham tewas 1-0, Khamis lalu selepas mengadu masalah hamstring dengan jaringannya turut dibatalkan.

Mourinho berkata dia percaya berita berkenaan mungkin buruk ketika pengendali itu menemui media menjelang perlawanan pusingan ketiga Piala FA bertemu Middlesbrough, esok.

Kelab itu kemudian mengesahkan Kane mengalami masalah hamstring, kecederaan yang kebiasaannya memerlukan tempoh sekitar sebulan untuk pulih.

Kami boleh mengesahkan yang Harry Kane mengalami koyak di bahagian kiri hamstring ketika perlawanan Tahun Baharu menentang Southampton,” kata Spurs dalam satu kenyataan.

Pasukan perubatan kami akan terus memantau kecederaan bersama rawatan yang akan dijalankan.”

Nada Mourinho tampak sedih ketika menceritakan situasi Kane.

Jika kamu bertanya mengenai perasaan saya, berita baik atau buruk, saya rasa ia adalah lebih kepada berita buruk berbanding baik tetapi itu adalah perasaan saya,” katanya ketika ditanya mengenai Kane.

“Apa yang pemain rasakan, Harry Kane meninggalkan padang, dengan reaksinya, dia tidak berfikir dua kali.

Ia tidak memerlukannya dua saat untuk dia menyedari betapa teruknya situasi itu.

Saya fikir kami akan kehilangannya untuk sedikit masa.

Setiap minit dalam setiap perlawanan kami akan merindui kehilangannya tetapi saya tidak mahu menangis sepanjang masa.

Sukar untuk mengatakan bahawa Spurs tidak bergantung sepenuhnya pada Harry Kane dalam memimpin pasukan itu menjaringkan gol.

Mereka pernah berdepan situasi sama ketika mengharungi perlawanan tanpa khidmat penyerang itu pada masa lalu, tetapi mereka dilihat lebih berbisa sekiranya Kane ada bersama mereka.

Walaupun laman rasmi Spurs tidak mendedahkan tempoh sebenar pemain itu akan berehat, The Guardian melaporkan bahawa pemain itu dijangka berehat sehingga Mac ini.

Dan sekiranya ia adalah benar, maka Mourinho terpaksa mengharungi perlawanan tanpa Kane ketika bertemu enam perlawanan penting mereka.

About MyGooners 879 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment