Mustafi ditawarkan kepada kelab lain melalui ejen.

Arteta akan ‘gembira’ membiarkannya pergi meninggalkan Emirates.

Akhbar Turki, Aksam mendakwa pertahanan Arsenal, Shrokdan Mustafi telah ditawarkan kepada Galatasaray melalui ejen pemain itu.

Juara Turki berada di pasaran perpindahan untuk mencari pertahanan tengah bulan ini selepas Christian Luyindama mengalami kecederaan ligamen lututnya ketika tugasan antarabangsa pada bulan November.

Christian Luyindama terpaksa berehat panjang ekoran kecederaan.

Aksam melaporkan dua sasaran utama Galatasaray, Simon Kjaer dan Jeison Murill tidak mungkin menyertai kelab Tukri itu pada jendela perpindahan ini (Januari).

Laporan Aksam.

Ini menyebabkan mereka telah memulakan pencarian baru untuk pertahanan tengah alternatif, dengan pemain Arsenal kini dikatakan sebagai pilihan utama.

Ia dilaporkan pengendali Arsenal, Mikel Arteta akan ‘gembira’ membiarkan Mustafi meninggalkan Emirates bulan ini, tetapi keputusan akhir berkaitan dengan Galatasaray untuk menandatangani pemain Jerman itu akan dibuat oleh pengurus mereka, Fatih Terim.

Pemain berusia 27 tahun itu hanya beraksi 170 minit dalam saingan Liga Perdana untuk The Gunners musim ini dan perkembangan itu menunjukkan bahawa Mustafi bukanlah pemain yang menjadi pilihan Arteta.

Mustafi masih belum memulakan permainan dalam kesebelasan utama The Gunners di bawah kendalian Arteta dan beliau juga bergelut merebut tempat ketika di bawah bekas pengendali, Unai Emery.

Kontraknya bersama The Gunners akan tamat pada penghujung Jun 2021.

About MyGooners 887 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment