Mykola Matviyenko dalam perbincangan untuk berhijrah ke Arsenal

Mykola Matviyenko

Ejen pemain Ukraine ini mengesahkan Arsenal telah menghubungi Shakhtar Donetsk untuk rundingan mendapatkannya pada bulan ini.

Arsenal mahu cuba mendapatkan sekurang-kurangnya seorang pemain pertahanan bagi menyelesaikan masalah di bahagian tersebut, yang tidak konsisten sejak beberapa musim ini.

Dan tiada peningkatan untuk mengatasi masalah tersebut pada musim ini walaupun dengan kehadiran pemain tengah berpengalaman Brazil, David Luiz dari Chelsea.

Arsenal telah bolos 34 gol dari 24 perlawanan PL musim ini, paling banyak jika dibandingkan dengan lima lagi pasukan Big Six yang lain. Liverpool paling kurang bolos dengan 14 gol, Manchester City (27 gol), Manchester United (29 gol), dan Chelsea dan Tottenham Hotspur masing-masing sudah bolos 32 gol.

Calum Chambers pula disahkan tidak akan bermain lagi dalam baki perlawanan musim ini selepas mengalami kecederaan lutut yang serius.

Matviyenko, 23 tahun kini menanti perkembangan perbincangan di antara kelabnya dan Arsenal sebelum proses rundingan peribadi dapat dijalankan.

BIODATA RINGKAS MYKOLA MATVIYENKO



Nama: Mykola Matviyenko
Tarikh & tempat lahir: 2 Mei 1996 di Krym, Ukraine
Warganegara: Ukraine
Posisi: Pertahanan tengah
Ketinggian: 1.82m
Jumlah penampilan bersama Shakhtar Donetsk: 61
Jumlah jaringan gol: 4
Jumlah penampilan dan gol antarabangsa bersama Ukraine: 26/0

“Saya dan rakan-rakan saya kerap berhubung dengan wakil dari Arsenal, dan juga mengadakan perbincangan bersama,” kata Yuriy Danchenko, ejen Matviyenko kepada media Ukraine.

“Hierarki the Gunners sudah pun menghubungi Shakhtar, dan kami berharap rundingan tersebut akan berjaya.”

Pemain kebangsaan Ukraine ini banyak bermain bersama Shakhtar sepanjang kariernya setakat ini, mula berlatih di peringkat akademi kelab sebelum membuat debut skuad utama pada 2015.

Dia juga merupakan sasaran jangka masa panjang Manchester City, dan telah bermain menentang mereka dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Matviyenko bermain 14 perlawanan liga (Premier Liga Ukraine) musim ini, dan berjaya mencatat sembilan clean sheet.

Be the first to comment