Nabil Bentaleb menghitung masa menjadi pemain baru Newcastle United

Nabil Bentaleb

Newcastle United dijangka akan mengesahkan pinjaman pemain Schalke 04, Nabil Bentaleb pada hari ini selepas selesai ujian perubatan.

The Magpies juga mempunyai pilihan untuk menjadikan status pinjaman ini ke pembelian tetap.

Pengurus kelab, Steve Bruce berharap proses pinjaman ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana mahu menyenaraikan Bentaleb ke dalam skuadnya menentang Everton nanti.

Pemain berusia 25 tahun ini tidak pernah bermain untuk Schalke sejak April 2019 selepas digugurkan dari skuad utama kerana kelakuan yang tidak profesional.

Bentaleb memulakan kariernya di Perancis, sebelum membuat karier profesional bersama Tottenham Hotspur pada musim 2013/14.

Dia bermain selama tiga tahun bersama Spurs sebelum berpindah secara tetap ke Schalke 04 pada musim 2017/18.

Nabil Bentaleb membuat 46 penampilan PL untuk Spurs dari 2013/14 – 2016/17

Selain Bentaleb, Newcastle juga mahu menyelesaikan urusan perpindahan pemain Inter Milan, Valentino Lazaro secara pinjaman.

Pemain antarabangsa Austria ini menyertai kelab Serie A tersebut dari Hertha Berlin pada awal musim ini.

Namun dia kurang mendapat peluang bermain, hanya membuat empat penampilan sejak awal musim, dan the Magpies berharap dapat menawarkan lebih minit permainan untuk membawanya ke St James Park bulan ini.

Be the first to comment