Neil Warnock diserang peminat Man Utd kerana memilih Arsene Wenger.

Arsene Wenger Menerima Anugerah Legends Of Football
Bekas pengurus Cardiff itu memilih Arsene Wenger sebagai pengurus terhebat Liga Perdana Inggeris.

Tindakan Neil Warnock yang meletakkan Sir Alex Ferguson berada ditangga keempat dalam senarai lima pengurus terhebat menyebabkan bantahan daripada peminat Manchester United.

Malah Neil Warnock turut mencetuskan kemarahan peminat United apabila memilih pengurus lagenda Arsenal, Arsene Wenger sebagai pengurus terhebat dalam sejarah Liga Perdana.

Neil Warnock.

Bekas pengurus Cardiff, Sheffield United dan QPR itu telah diminta untuk menyenaraikan lima pengurus terhebat menurut urutan dan beliau nyata membuatkan peminat United tersinggung apabila menyenaraikan Sir Alex Ferguson di tempat keempat.

Ferguson berjaya membawa United merangkul mahkota kejuaraan Liga Perdana sebanyak 13 kali dan telah memenangi lebih banyak trofi berbanding mana-mana pengurus lain dalam sejarah bolasepak.

Trofi kejuaraan yang pernah dirangkul Ferguson.

Bagaimanapun Warnock menyenaraikan dan memilih Wenger sebagai nombor satu dan terhebat dalam sejarah Liga Perdana Inggeris dengan pengendali Manchester City, Pep Guardiola di tangga kedua, pengurus Liverpool saat ini, Jurgen Klopp pada kedudukan ketiga di depan Ferguson, 78, ditempat keempat.

Senarai itu nyata tidak senangi penyokong United apabila pengurus lagenda mereka hanya mengatasi pengendali Tottenham ketika ini, Jose Mourinho yang berada ditangga kelima dalam senarai lima pengurus terhebat pilihan Warnock.

Seorang pengurus tanpa kejuaraan Liga Juara-juara, seorang lelaki tanpa kemenangan, tanpa wang dan seorang lelaki yang hanya memenangi 5 trofi dalam kariernya berbanding Sir Alex?” ulas seorang peminat bolasepak yang kecewa dan tidak berpuas hati dengan senarai Warnock itu.

Seorang lagi peminat yang marah dan kecewa dengan kedudukan Mourinho menulis: “Jika anda mempunyai Klopp dan Pep lebih tinggi dari Sir Alex Ferguson dan Jose Mourinho dalam pengurus EPL anda sepanjang masa, maka anda sedang binggung, sedarlah.

Reaksi peminat bolasepak yang ‘menyerang’ Warnock.

Berikut adalah sebahagian ‘serangan’ dan reaksi peminat bolasepak terhadap senarai 5 pengurus terhebat Liga Perdana Inggeris pilihan Warnock.

Penjelasan dan hujan Warnock kenapa Arsene Wenger.

Saya memilih Arsene Wenger sebagai nombor satu kerana dia mengubah pandangan keseluruhan pemain bolasepak moden,” katanya.

Dia membawa begitu banyak perkara yang tidak pernah difikirkan.

Nutrisi, jurulatih kecergasan, video, teknologi dan lain-lain.

Dia mengubah keseluruhannya ketika dia menyertai Liga Perdana.

Pep Guardiola nombor 2.

Mengenai Guardiola yang menjadi nombor dua, Warnock menambah: “Saya melihat pasukannya pertama kali tahun lalu dan saya tidak pernah melihat pasukan dengan pergerakan semacam itu.

David Silva adalah pemain terbaik yang pernah saya lihat di Liga Perdana dan saya rasa Pep telah mengambil semua dalam pasukannya.

Dia baru beberapa tahun jadi dia berada di hadapan beberapa orang, tetapi saya fikir dia begitu menakjubkan.

Pengaruhnya dalam saingan utama dan liga bawahan sangat hebat, jadi saya meletakkan Pep ditempat kedua.

Kejuaraan yang dimiliki Pep Guardiola termasuklah trofi dalam saingan EPL.
Jurgen Klopp ketiga.

Beliau kemudian menjelaskan pilihan ketiganya: “Saya akan meletakkan Klopp ketiga kerana saya fikir dia baru bermula dan dia akan menjadi lebih baik.

Tetapi pandangannya dan segala yang telah dilakukannya di kelab dan masa depan dengan pemain-pemain, saya fikir dia akan bertahan untuk sepuluh tahun lagi.

Jadi saya fikir dia berada di tempat ketiga berdasarkan masa yang dimilikinya tetapi dengan mudah boleh menjadi nombor satu dalam beberapa tahun akan datang.

Sir Alex Ferguson keempat.

Keempat, saya memilih Sir Alex [Ferguson] hanya di hadapan Jose Mourinho, kerana dia telah melakukannya lebih lama.

“Saya rasa dia berada di era di mana ia semuanya mengenai pengurusan pemain, ia tidak melibatkan semua kakitangan belakang tabir dan Sir Alex mungkin yang terbaik pada itu.

Rekod kejuaraan yang pernah dimiliki SAF ketika bersama United.
Jose Mourinho kelima.

Jose Mourinho sangat hampir [dengan Ferguson]. Apa yang saya suka mengenai dia ialah cara dia berurusan dengan media pada waktu yang paling sukar, tetapi saya tetap akan meletakkan dia nombor lima.

Rekod kejuaraan yang pernah dimiliki Mourinho selain EPL.
Jumlah kejuaraan yang dimiliki pengurus pasukan yang dikeluarkan Goal pada tahun lalu.
Mengenai Neil Warnock

Neil Warnock 71 tahun, adalah bekas pemain dan pengurus bolasepak Inggeris, yang mana kelab terakhir dikendalikan beliau adalah Cardiff City.

Selepas bersara, beliau terlibat dalam beberapa rancangan bolasepak dan sebagai pundit radio serta televisyen.

Beliau merupakan pemegang rekod untuk promosi paling banyak dalam sejarah bolasepak Inggeris, iaitu sebanyak lapan kali.

Statistik Neil Warnock
About MyGooners 861 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment