1. FC Nürnberg jelaskan bagaimana perjanjian perpindahan Konstantinos Mavropanos.

Pertahanan muda Arsenal, Mavropanos (22 tahun) sah sertai kelab divisyen 2 Liga Jerman, 1. FC Nürnberg secara pinjaman.

Pengarah Sukan FC Nuremberg telah mendedahkan bahawa kelab itu mahu meminjam Konstantinos Mavropanos dari The Gunners pada musim panas tetapi satu perkara telah menghalang mereka.

Robert Palikuca merupakan individu pertama yang bercakap setelah selesai urusan melengkapkan perpindahan pinjaman Konstantinos Mavropanos dari Arsenal.

Robert Palikuca, Pengarah Sukan 1. FC Nürnberg

Pertahanan tengah Greek itu akan menghabiskan baki musim ini bersama kelab 2.Bundesliga dalam usaha mencari masa permainan yang sangat diperlukannya.

Setakat ini, beliau hanya membuat satu penampilan bersama pasukan utama The Gunners ketika mencatatkan keputusan seri 2-2 dalam saingan Liga Europa menentang Standard Liege.

Mavropanos lebih kerap digunakan bersama skuad Bawah-23 tahun Arsenal di mana beliau membuat lapan kali penampilan dalam saingan Liga Perdana 2 setelah pulih dari kecederaan pangkal paha pada musim panas.

Selepas berjaya menandatangani pemain berusia 22 tahun itu, Palikuca mengakui pasukan beliau itu hampir menandatangani Mavropanos pada musim panas lalu.

Konstantinos adalah pemain yang kuat dan lasak, dan pemain pertahanan tengah yang kuat,” katanya kepada laman web rasmi FC Nurnberg.

Kami telah mensasarkan untuk meminjamnya pada musim panas.

Namun, kerana proses pemulihan selepas kecederaannya, ia menghalang kami daripada bertindak demikian.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Arsenal untuk pertukaran ini dan kepercayaan yang diberikan kepada kami. ”

Konstantinos ist einer robuster, zweikampf- und kopfballstarker Innenverteidiger. Schon im Sommer hatten wir eine Leihe angestrebt. Aufgrund der Reha nach seiner Verletzung wäre es vor sechs Monaten aber noch nicht sinnvoll gewesen. Wir bedanken uns ausdrücklich beim FC Arsenal für den guten Austausch und das Vertrauen, das der Verein uns entgegengebracht hat“, erklärt Sport-Vorstand Robert Palikuca.

Walaupun tidak membuat penampilan secara kerap bersama skuad utama sejak menyertai The Gunners pada Januari 2018, langkah pinjaman ini dilihat sesuatu yang positif untuk Mavropanos.

Beliau pernah mempamerkan aksi yang meyakinkan pada awal penyertaannya bersama The Gunners, terutamanya ketika perlawanan menentang Manchester United pada musim 2017/18.

Pun begitu, aksi persembahannya bersama pasukan utama musim ini kelihatan seperti memerlukan masa, beberapa minit permainan yang mencukupi.

Mavropanos berulang kali memilih momen yang salah untuk melangkah ataupun bergerak ke bahagian tengah dan kelihatan sangat gugup pada perlawanan itu (menentang Standard Liege).

Statistik Mavropanos ketika menentang Standard Liege.

Dengan Mikel Arteta mengambil berat terhadap perkembangan pemain muda kelab, langkah pinjaman ini dilihat sesuatu yang positif buat pemain itu sendiri untuk terus berkembang dan memiliki keyakinan dalam bermain.

Saya selalu mencadangkan apabila anda pergi secara pinjaman, anda harus bercakap dengan pengurus dan memastikan dia benar-benar mahukan anda,” kata Arteta ketika membincangkan pendekatannya terhadap menghantar pemainnya keluar secara pinjaman.

Dia perlu memberitahu anda dengan tepat apa yang dia harapkan daripada anda.

Jika dia meyakinkan anda bahawa ianya adalah langkah yang betul untuk anda, anda perlu pergi dan membuktikan diri anda.

Ia lebih sesuai dan komunikasi antara kelab yang jelas, apa yang kita cuba lakukan kepada pemain untuk terus berkembang.

Kami mahu pemain menjadi selesa dan dia dapat melihat jalan yang betul.”

Selamat maju jaya Mavropanos dan kembalilah dengan mantap serta padu!

#COYG #WeAreTheArsenal

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment