Oliver Giroud semakin hampir berpindah ke Inter Milan

Menurut Sky Sports Italia, penyerang antarabangsa Perancis itu akan menjalani ujian kecergasan pada hujung minggu ini.

Inter Milan telah membuat tawaran baru lebih tinggi bernilai £5.5 juta kepada Chelsea untuk pemain ini.

Giroud dilaporkan sudah pun bersetuju terma peribadi dengan skuad bimbingan Antonio Conte, namun perpindahannya masih lagi tidak dapat diteruskan kerana belum capai kata putus yuran perpindahannya.

Giroud semakin hampir sertai Inter Milan.

Kontrak sedia ada Giroud akan tamat pada musim panas ini, dan dia hanya membuat tiga kali penampilan kesebelasan utama dari tujuh penampilan secara keseluruhan pada musim ini.

Dia menyertai Chelsea pada dua tahun lepas dari Arsenal dengan yuran perpindahan bernilai £18 juta.

Pengurus kelab, Frank Lampard mengakui dia membenarkan penyerang tinggi lampai tersebut untuk meninggalkan kelab pada bulan ini andai dia dapat mencari pengganti yang sesuai.

“Pertama sekali dia masih lagi mempunyai kontrak dengan kelab dan kami perlu melihat samada dia boleh meninggalkan kelab,” kata Lampard.

“Dia menunjukkan sikap yang sangat profesional di sini, berlatih bersungguh-sungguh sepanjang musim walaupun kurang mendapat peluang.

“Saya memandang tinggi dan menghormati sikapnya itu tetapi saya masih perlu membuat keputusan untuk kelab bolasepak ini dan tiada apa yang dilakukan lagi setakat ini.

Lampard sedia lepaskan Giroud.

“Semua orang bercakap mengenainya jadi saya tidak akan bercakap banyak mengenainya.

“Wakilnya sudah bercakap dengan kelab, tetapi ianya akan selesai selepas kami membuat keputusan yang tepat.”

Be the first to comment