Connect with us

Arsenal

Penjaga gol muda Inter dikaitkan dengan Arsenal.

Published

on

Pemain pinjaman Internazionale, Andrei Ionuț Radu tidak lagi diperlukan oleh Genoa.

Pertengahan tahun lalu (sekitar Jun 2019), Arsenal dilaporkan berminat untuk menandatangani penjaga gol Romania yang beraksi bersama Internazionale.

Laporan FCInterNews pada 31 Mei 2019.

Pada 29 Jun 2018, Radu yang berusia 21 tahun ketika itu telah dipinjamkan ke Genoa dengan pilihan (klausa) wajib untuk menyertai kelab itu secara kekal pada musim berikutnya (2019/20).

Namun, Internazionale juga mempunyai klausa pembelian balik pemain itu tanpa mendedahkan nilai sebenar yang perlu dibayar.

Dan pada bulan Jun 2019, seperti yang ditetapkan Genoa bersetuju untuk membeli Radu pada harga € 8 juta, tetapi pemain itu dengan segera ditebus oleh Internazionale pada nilai yang dilaporkan € 12 juta.

Advertisement

Perjanjian itu diumumkan secara rasmi pada bulan Julai 2019, dan pada masa yang sama Radu kembali ke Genoa dengan kontrak pinjaman lain (baharu).

Bersama Genoa musim ini, Radu telah membuat 17 penampilan dalam Serie A dan dua penampilan dalam Coppa Italia untuk menjadikan 19 penampilan secara keseluruhan.

Genoa menandatangani Perin (27 tahun) secara pinjaman pada 2 Januari 2020.

Namun menurut laporan FCInterNews pada 10 Januari 2020, pemain berusia 22 tahun itu tidak lagi berada dalam rancangan Genoa selepas mereka menandatangani Mattia Perin secara pinjaman dari Juventus.

Image 10

Jika pemain milik Inter memutuskan untuk terus membiarkan Radu di Genoa, besar kemungkinan pemain mereka itu akan hanya memanaskan bangku simpanan dan ini akan membantutkan perkembangan penjaga gol muda mereka itu.

Pun begitu, ia turut mendakwa bahawa kelab-kelab dari Itali dan luar negara telah menunjukkan minat terhadap pencarian penjaga gol baharu dan pemain itu dikatakan menjadi sasaran beberapa kelab ternama.

Nice, Arsenal dan West Ham United antara kelab yang dilaporkan telah membuat pemerhatian terhadap Radu.

Advertisement

Pasukan The Gunners dan David Moyes bersedia untuk menandatangani penjaga gol itu, tetapi dengan syarat dimana mereka boleh mendapatkan perkhidmatannya secara tetap, bukannya secara pinjaman.

Malangnya, Inter pula dilaporkan hanya berminat untuk membenarkan penjaga gol mereka keluar secara pinjaman untuk menghabiskan baki saingan musim ini, sekiranya mereka menamatkan perjanjian pinjaman semasa bersama Genoa.

Pihak Antonio Conte melihat dan menilai Radu sebagai pemain masa depan mereka dan tidak mahu kehilangannya.

Dan sebab itulah mereka hanya akan mempertimbangkan langkah pinjaman pada bulan Januari.

Advertisement

Sekiranya Radu gagal menyertai kelab baharu secara pinjaman, dia akan meneruskan perkembangannya di Inter.

Namun menjadi persoalan, adakah Arsenal masih manaruh minat terhadap Radu?

Mungkin laporan yang dikeluarkan pada 2019 disebabkan Arsenal mencari pengganti kepada Petr Cech, namun The Gunners kini telah memiliki penjaga gol baharu yang mantap, Bernd Leno.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply