Connect with us

Arsenal

Perbezaan antara Wengerball dan Tika-Taka

Published

on

Satu disifatkan sebagai falsafah bolasepak dan satu lagi bukan.

Kedua-dua gaya ini kelihatan begitu sama dan mirip sekali kerana dimainkan dengan cara satu sentuhan yang pantas dan kelancaran dalam pergerakan bola serta pemainan.

Bagaimanapun ada perbezaan yang jelas mengenai bagaimana kedua-dua gaya ini dimainkan ataupun dilaksanakan.

Pendapat peribadi penulis, gaya permainan Tiki-Taka ini adalah dilatih dan dirancang dengan sengaja untuk dilaksanakan didalam permainan ataupun perlawanan.

Advertisement

Para pemain secara sedar membentuk segitiga dan memenuhi ruang tertentu di padang diantara pihak lawan dan pasukan mereka sendiri.

Wengerball pula berada pada tahap terbaik yang sukar dilatih dan dilakukan.

Ianya bergantung pada tahap kreativiti pemain semata-mata untuk menggabungkan satu sama lain bagi menghasilkan momen kecemerlangan abadi yang sukar dibayangkan.

Terlalu indah!

Advertisement

Wengerball memerlukan keupayaan pemain untuk melakukan gerakan gaya ini dengan baik dan dalam tempo yang lebih laju berbanding Tiki-Taka.

Yang mana Wengerball digerakkan ataupun dilakukan dalam beberapa urutan gerakan yang berlalu bagi menghasilkan gerakan hingga ke penyudah, yang cukup cemerlang dan menghiburkan.

Dan Wengerball seringkali terjadi ataupun dilakukan dalam permainan ketika menembusi pihak lawan dalam ruang yang sempit dan begitu terhad.

Serta ia tidak melibatkan sebahagian besar pemain pasukan dalam merencanakan gaya ini.

Advertisement
Aksi Wengerball terbaik yang pernah dipamerkan Arsenal.

Tiki-Taka pula sebaliknya adalah gaya permainan yang dilaksanakan dengan melibatkan hampir seluruh pemain dan gaya ini dibina ketika pasukan melakukan buildup dengan pemain-pemain datang membentuk gerakan ini.

Tiki-Taka menggunakan ruang yang besar berbanding Wengerball yang memanfaatkan ruang yang begitu terhad.

Wengerball mungkin tidak layak digelar sebagai falsafah bolasepak sebagaimana Tiki Taka dan ia juga tidak dilakukan dengan sengaja.

Semuanya bergantung kepada chemistry di antara pemain dan dilakukan sengaja tidak sengaja (bukan dirancang) ketika melakukan gerakan ataupun gaya ini.

Tidak ada yang lebih indah untuk melihat momen Wengerball dilakukan dengan penuh sejati dan ketulenan berbanding mana-mana gaya permainan yang pernah disaksikan.

Anda dapat melihat apa yang pemain mampu lakukan dalam memanfaatkan ruang kecil yang begitu sempit.

Walaupun hanya sekejap, pemain jelas menggunakan kebijaksanaan dan bebas dari kekangan taktikal serta mempunyai kebebasan penuh untuk mengekspresikan diri mereka penuh harmoni yang begitu sempurna sekali antara satu sama lain .

Advertisement

Itulah magik Wengerball.

Wengerball melibatkan satu sentuhan pesat ketika anda mendekati atau masuk ke dalam kawasan ataupun kotak penalti pihak lawan, dan ia adalah cara yang sangat hebat untuk menamatkan gerakan menyerang dengan penyudah menghiburkan.

Bukan semua pasukan mampu melakukan gaya Wengerball, ia meemerlukan bakat dan kesefahaman jitu untuk melangkah (mara) ke hadapan dengan satu sentuhan yang pantas, Tiki-Taka sedikit lebih mudah.

Tika-Taka lebih mengenai penjagaan pemilikan (keeping possession) dan menggerakkan bola dengan cepat, dengan hantaran yang lebih pendek serta lebih tepat.

Advertisement

Wengerball adalah satu risiko tinggi dalam tidak sedar ianya dilakukan, hantaran pantas dan kreativiti individu untuk melepasi dan memecahkan pertahanan lawan bagi mencipta peluang serta menyudahkan dengan jaringan ataupun percubaan.

Kedua-dua gaya ini dilakukan dalam situasi menyerang.

Perbezaan ketara dua gaya ini adalah dimana Tiki-Taka ini digunakan untuk menghentikan tekanan mendesak pihak lawan dan menarik pemain pertahanan untuk keluar kedudukannya.

Wengerball pula sebaliknya tidak memperdulikan bagaimana pihak lawan bertahan dan pemain-pemain menggunakan kebijaksaan serta kreativiti individu dalam memecahkan benteng lawan.

Advertisement

Dan hantaran pendek ini lebih kepada ‘ke depan’ tanpa cuba menarik pemain pertahanan keluar dari posisi mereka.

Kesimpulan yang boleh dibuat (pendapat peribadi penulis), Wengerball bukanlah falsafah bolasepak namun ianya adalah identiti Arsenal yang hanya boleh dilakukan hasil kesefahaman antara pemain-pemain.

Wengerball sememangnya lebih menghiburkan dan menakjubkan dan ianya kekal menjadi milik Arsenal selama-lamanya.

Manakala Tiki-Taka pula adalah satu falsafah bolasepak yang menerangkan bagaimana ianya patut dimainkan.

Advertisement

Jika sesebuah pasukan itu sering dilatih dengan gaya ini, ianya mampu dimainkan tanpa memerlukan kebijaksanaan dan kreativiti pemain secara individu dan berpasukan.

Tiki-tika tidak memerlukan kesefahaman dan chemistry antara pemain untuk melaksanakan gaya ini.

Anda bagaimana? Apa pendapat anda?

Advertisement