Perkembang pemain remaja Arsenal, dipinjamkan.

Arsenal dilaporkan sedia melepaskan tiga pemain remaja berbakat secara pinjaman pada jendela perpindahan kali ini.

Eddie Nketiah dan Tyreece John-Jules adalah dua dari tiga produk Akademi Arsenal yang boleh keluar secara pinjaman pada jendela perpindahan kali ini.

Manakala Emile Smith-Rowe mungkin menjadi yang ketiga. ⁣

Nketiah dipanggil balik dari pinjamannya di Leeds United kerana kekurangan masa bermain dan mungkin menuju Bristol City. ⁣

Tyreece John-Jules bakal berangkat ke kelab League One, Lincoln City, yang berminat untuk menggunakan khidmat pemain berusia 18 tahun ini.

Arsenal telah membenarkan tindakan itu kerana mereka percaya penyerang muda ini mampu bermain bersama pasukan senior selepas beraksi secara tetap bersama pasukan remaja The Gunners.

Emile Smith-Rowe telah menarik perhatian banyak kelab termasuklah Liga Perdana Inggeris, tetapi kelab yang dilaporkan berada didepan dalam mendapatkan khidmatnya adalah Huddersfield, yang sedang berusaha untuk kembali ke saingan tertinggi Liga Bolasepak Inggeris (Liga Perdana) selepas tersingkir musim lalu.

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment