Perompak pecah masuk rumah Denis Suarez

Denis Suarez

Rumah bekas pemain tengah Arsenal, Denis Suarez telah dipecah masuk semasa malam ambang tahun baru.

Pemain tengah Celta Vigo ini tidak berada di rumah semasa kejadian berlaku kerana menghadiri parti bersama teman wanitanya, Nadia Aviles.

Ini menjadikan dia pemain terkini La Liga menjadi mangsa rompakan. Namun perompak tersebut gagal mendapatkan sebarang hasil rompakan dari rumah Suarez.

Perompak tersebut telah menggeledah rumahnya dan memusnahkan peti keselamatan sebelum meninggalkan kawasan kejadian dengan tangan kosong.

Ini merupakan kes yang jarang berlaku dimana tiada barang yang hilang. Tetapi ini tidak terjadi terhadap para pemain yang lain.

Kejadian pecah rumah ini terjadi sebulan selepas rumah pemain bek kanan Barcelona, Nelson Semedo dipecah masuk empat jam sebelum dia bermain dalam perlawanan El Clasico menentang Real Madrid.

Suarez pernah menyertai Arsenal pada Januari tahun lepas secara kontrak pinjaman selama enam bulan dari Barcelona.

Tetapi segala sensasi kelincahannya di atas padang gagal ditunjukkan semasa bermain untuk Arsenal dalam tempoh masa yang pendek itu.

Dia hanya membuat 10 penampilan untuk the Gunners dalam semua kejohanan semasa di bawah pengurusan Unai Emery musim lepas.

Penampilan terakhirnya adalah pada 10 Mac 2019 dalam perlawanan Premier League menentang Manchester United.

Dia kemudian terpaksa berehat sehingga tamat musim kerana kecederaan di pangkal peha.

Suarez dapat lebih banyak peluang bermain bersama Celta Vigo, membuat 16 penampilan La Liga musim ini.

Be the first to comment