Real Madrid juara Piala Super Sepanyol

Real Madrid menewaskan Atletico Madrid menerusi penentuan sepakan penalti untuk memenangi Piala Super Sepanyol.

Real Madrid muncul juara Piala Super setelah menewaskan Atletico Madrid, 4-1 dalam penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan sebaik sahaja perlawanan berakhir.

Sebelum itu, perlawanan terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan setelah kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam 90 minit perlawanan sebenar dan keputusan tersebut kekal sehingga wisel penamat masa tambahan.

Kejayaan ini merupakan kali ke 11 Real memenangi Piala Super, di mana tradisi pembukaan acara melibatkan juara liga dan piala sebelum kejohanan diubah kepada empat pasukan oleh negara persekutuan dan berpindah ke Arab Saudi dengan perjanjian selama tiga tahun yang dilaporkan bernilai 120 juta Euro.

Kapten pasukan, Sergio Ramos menyempurnakan penalti keempat dengan penuh ketegangan buat Real selepas Dani Carvajal, Rodrygo Goes dan Luka Modric berjaya melengkapkan jaringan buat pasukan itu.

Sementara Saul Niguez dan Thomas Partey gagal menyempurnakan penalti buat Atletico, dengan Kieran Trippier menjaringkan gol buat mereka.

Penjaga gol Atletico, Jan Oblak dan rakan yang menjaga gawang di Real, Thibaut Courtois beraksi cemerlang dalam 90 minit permainan sehingga memaksa perlawanan berlanjutan ke masa tambahan buat final kali kelima berturut-turut membabitkan seteru bandar itu sejak 2013.

Pemain tengah Real, Federico Valverde dibuang padang pada minit ke 115 kerana mengasari Alvaro Morata namun skuad kendalian Zinedine Zidane berjaya menahan asak sehingga berakhir masa perlawanan dan kemenangan ditentukan menerusi penentuan penalti.

Federico Valverde dibuang padang pada minit ke 115 kerana mengasari Alvaro Morata
Pemain terbaik perlawanan Federico Valverde (walaupun dibuang padang).
Highlights perlawanan
256Shares
About MyGooners 797 Articles
Seorang bercita-cita untuk menjadi pemilik Arsenal

Be the first to comment

Leave a Reply