Reine-Adelaide akui kegagalan beliau di Arsenal.

Jeff Reine Adelaide
Pemain tengah ini mengakui kegagalan sepanjang berada di Arsenal adalah kesalahannya.

“Ini salah saya, saya mesti mengakui”

Begitulah penjelasan yang diberikan oleh bekas pemain tengah Arsenal, Jeff Reine-Adelaide yang mengakui ia adalah salahnya sendiri kerana gagal menyinar di Emirates.

Pemain Perancis ini menyertai skuad remaja Arsenal setelah melengkapkan perpindahan bernilai £ 2.25 juta dari skuad bawah 19 tahun Lens pada 2015.

Jeff Reine-Adelaide dianggap sebagai salah satu prospek yang menarik dalam skuad Arsenal, dengan ramai pihak meramalkan beliau akan menjadi bintang masa depan pada bahagian tengah The Gunners.

Walau bagaimanapun, beliau mendapati peluangnya begitu terhad di Emirates, hanya membuat lapan penampilan untuk pasukan senior sepanjang kariernya bersama Arsenal.

Beliau akhirnya meninggalkan Arsenal pada 2018, menyertai Angers dalam perjanjian £1.44 juta untuk mencari peluang yang lebih baik, sentiasa beraksi dalam skuad utama dan untuk perkembangan karier bolasepaknya, yang gagal diperolehi di England.

Perpindahan itu telah berjalan dengan baik untuk dirinya, dengan satu siri persembahan mengagumkan untuk Angers yang membawa kepada perpindahan £22.5 juta ke Lyon musim panas tahun ini.

Pada 14 Ogos 2019, Lyon telah menandatangani Jeff Reine-Adélaïde dengan kontrak lima tahun dari Angers.

Perkembangan itu membawa kepada persoalan mengapa Arsenal membiarkannya pergi, tetapi Reine-Adelaide mengakui bahawa ia adalah salahnya sendiri kerana gagal melakukan terbaik ketika di Emirates.

Terdapat beberapa keadaan. Apabila saya berpeluang untuk bermain, saya kadang kala berjaya mempamerkan yang terbaik.

Dan ada kalanya ianya sangat teruk, ” katanya kepada Lyon Capitale.

Jadi salah saya, saya mesti mengakui kerana saya tidak selalu baik [mempamerkan aksi cemerlang].

Walau bagaimanapun, saya juga tidak mempunyai banyak peluang.

Saya bermain untuk pertandingan domestik [FA Cup dan League Cup], dengan pemain yang saling tidak mengenali antara satu sama lain … Ini sangat rumit.

Selepas itu, anda tidak boleh menyalahkan nasib anda dan anda perlu bangkit untuk mengubahnya. “

Untuk rekod, Jeff Reine-Adelaide hanya membuat lapan penampilan sepanjang tiga musim bersama Arsenal dengan kesemua penampilan itu dibuat dalam aksi piala domestik.

Semenjak menyertai Lyon, beliau telah membuat 19 penampilan dengan dua gol berjaya dijaringkan beliau.

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment