Connect with us

Arsenal

Reiss Nelson tidak lagi ‘keliru’ dan mampu bersinar di Arsenal.

Published

on

Mikel Arteta yakin Reiss Nelson mampu menjadi pemain hebat di Arsenal.

Mikel Arteta menyatakan sokongannya kepada Reiss Nelson untuk menjadi pemain bertaraf dunia bersama Arsenal.

Malah beliau turut mengatakan pemain sayap muda itu telah mengatasi tempoh ‘keliru’ dan bersedia untuk memainkan peranan penting bersama The Gunners.

Nelson berusia 20 tahun pada Disember lalu, berjaya mempamerkan aksi cemerlang bersama skuad Bawah-21 England, namun kariernya bersama Arsenal masih belum lagi menyinar.

Advertisement

Pernah beraksi dalam saingan Bundesliga bersama Hoffenheim musim lepas secara pinjaman, Nelson berjaya menjaringkan tujuh gol dan berjaya mempamerkan keberanian serta keupayaannya yang luar biasa bersama kelab Jerman itu.

Namun kepulangan beliau ke Arsenal menimbulkan persoalan mengenai masa depan dan kebolehannya apabila masih gagal membarisi skuad utama secara konsisten dan disiplin dirinya juga dipersoalkan.

Nelson setakat ini (musim ini) hanya berada dalam tiga permulaan Arsenal dan baru sekali bermain penuh (90 minit), iaitu ketika menentang Everton.

“I want to go back to Arsenal and play. I’m more mature now. Hoffenheim made me grow as a person. I’m Arsenal through and through. All my family support Arsenal. That’s an interaction I have with the fans. It’s good.” – Reiss Nelson, Jun 2019.

Arteta telah menyaksikan banyak kemajuan yang dipamerkan Nelson semenjak beliau masih lagi bersama Arsenal sebelum ini dan percaya pemain itu bersedia mengambil peranan yang lebih penting untuk masa hadapan.

Arteta yakin Nelson mampu menyinar bersama Arsenal.

“Saya kenal Reiss kerana saya melatihnya ketika dia berusia 16 tahun dan dia berjaya menarik perhatian saya,” kata Arteta.

“Dia seorang pemain yang sanggup belajar dan mencintai bolasepak tetapi saya fikir dia telah keliru dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mengenai arah yang diambilnya, mengenai beberapa keputusan yang dibuatnya.

Advertisement

“Kini saya dapat melihat dia benar-benar mahukannya dan saya fikir dia mempunyai potensi untuk melakukan apa sahaja yang dia mahukan.

“Dia memerlukan bimbingan, dia memerlukan sedikit bantuan dan dia perlu melakukannya.

“Saya memberikan dia peluang bermain dan saya percaya kepadanya, kerana dia mahukannya dan saya fikir dia boleh melaksanakannya.”

Nelson telah memainkan kesemua lima perlawanan semenjak Arteta bertanggungjawab, bermula tiga kali dan menjaringkan gol kemenangan dalam pertandingan pusingan ketiga Piala FA menentang Leeds.

Advertisement
Nelson menjaringkan gol kemenangan Arsenal ketika menentang Leeds.

Arteta terkesan dengan apa yang dipamerkan Nelson yang mana ketika bersama Hoffenheim, pemain ini digugurkan oleh pengurus mereka, Julian Nagelsmann selepas tiba 20 minit lewat pada sesi latihan.

Pun begitu, Arteta percaya tempoh yang dijalani Nelson bersama kelab Jerman itu telah memberikan manfaat secara keseluruhannya buat pemain itu.

“Anda boleh pergi [secara pinjaman] tetapi saya menjangkakan lebih banyak dari pihaknya juga,” kata Arteta.

“Dia perlu bertanggungjawab juga. Jika dia mahu bermain untuk kelab ini setiap tiga hari, apabila anda melangkah ke sana, anda perlu hampir sempurna dan pada masa itu saya melihat sikap dan keinginan seperti ini. “

Sebelum menggalas jawatan Ketua Jurulatih Arsenal, Arteta terkenal dengan pembangunan pemain ketika beliau menjadi pembantu kepada Pep Guardiola.

Advertisement

Dan beliau telah dikreditkan dengan peranan penting dalam pembangunan pemain seperti Raheem Sterling.

Sterling menerima tunjuk ajar daripada Arteta ketika di Manchester City.

“Saya tidak mahu membandingkan [dengan Sterling],” katanya.

“Apa yang saya katakan ialah Reiss mempunyai potensi untuk melakukan apa sahaja yang dia mahukan.

“Sekiranya dia mahu melakukannya, mahu belajar dan mahu mencabar diri sendiri, dia boleh menjadi pemain terbaik untuk kelab bolasepak ini. “

Arteta turut menjelaskan bahawa Nelson telah mencapai prestasi yang memuaskan ketika masih lagi muda, yang semuanya terlalu mudah baginya.

Advertisement

Dan Arteta juga menjelaskan bahawa keutamaannya kini adalah untuk memastikan Nelson berada di tempat yang betul dan memerlukan bimbingan untuk mengembangkan lagi bakatnya.

“Saya rasa kita semua pernah mengalami situasi yang sama, keliru pada beberapa peringkat dalam karier kita,” katanya.

“Walaupun anda melakukan dengan baik dan orang bercakap tentang anda, anda cenderung untuk memperlahan sedikit momentum anda dan kemudian anda melihat gambaran yang sedikit kurang enak.

“Saya fikir fokus dia sekarang sangat jelas, apa yang dia mahu, apa yang kita mahukan dari dia dan saya percaya kepadanya. ”

Advertisement
Rating Nelson vs Sancho ketika beraksi di Bundesliga.