Rooney tampil dengan langkah kanan.

Wayne Rooney
Rooney kembali ke kancah bolasepak Inggeris.

Pada 6 Ogos 2019, dengan baki dua tahun lagi dalam kontraknya bersama D.C. United, beliau bersetuju dalam perjanjian untuk kembali ke England sebagai pemain dan jurulatih bersama pasukan Championship, Derby County.

Namun beliau hanya dibenarkan beraksi / bermain pada tahun ini, 2020.

Penampilan sulung Wayne Rooney bersama Derby catatkan kemenangan dengan bekas bintang Manchester United itu membantu kelab Liga Kejuaraan menewaskan Barnsley 2-1, awal pagi tadi.

Rooney dinamakan sebagai kapten pada penampilan pertamanya di Derby sejak menyertai kelab divisyen dua Inggeris itu pada Ogos lalu dari kelab Liga Major Amerika (MLS), DC United.

Begitupun, penjaring gol terbanyak dalam sejarah United dan England itu tidak dibenarkan bermain sebelum aksi bertemu Barnsley dan hanya menjalani latihan dan melakukan tugas kejurulatihan selama beberapa minggu.

Pemain berusia 34 tahun itu, menggantikan Krystian Bielik yang menjalani penggantungan menjadi satu-satunya perubahan yang dibuat oleh pengurus Derby, Phillip Cocu dalam kesebelasan utamanya yang sebelum ini menang ke atas Charlton Athletic.

Krystian Bielik, 21 tahun merupakan bekas pemain Arsenal yang menyertai Derby pada 2 Ogos 2019 dengan kontrak lima tahun.

Sekalipun ia adalah perlawanan kompetitif pertama Rooney sejak Oktober lalu, dia tidak digantikan pada aksi perlawanan pagi tadi.

Selain mencipta bantuan gol untuk Jack Marriott, Rooney turut turut terbabit dengan gol kemenangan Derby apabila melakukan hantaran tepat kepada Andre Wisdom yang kemudian melakukan lorongan rendah kepada penjaring gol, Martyn Waghorn.

Bagaimanapun sebelum jaringan Waghorn, Elliot Simoes berjaya menyamakan kedudukan untuk Barnsley tetapi ia tidak berjaya untuk merosakkan kepulangan semula penyerang legenda itu ke kancah bolasepak Inggeris.

Phillip Cocu, 49 tahun dilantik menjadi pengurus Derby pada 5 Julai 2019.

Penampilan pertama Rooney memberikan Phillip Cocu kemenangan berturut-turut pertama musim ini tetapi pasukan itu kekal menghuni tangga ke-17 liga.

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment