Selamat datang 2020, kita menang 2-0.

Arsenal Vs Man Utd
Arsenal mencatat kemenangan pertama dibawah Ketua Jurulatih baharu, Mikel Arteta.

Arteta akhirnya berjaya merekodkan kemenangan yang dicarinya semenjak menjadi bos baru The Gunners.

Selepas gagal dalam usaha kedua dan pertama dilaman sendiri ketika bertemu Chelsea, skuad kendalian beliau tampil lebih mantap pada perlawanan pagi tadi untuk memenangi 2-0 bertemu Manchester United.

Bagaimanapun, pihak lawan terlebih dahulu menguji gawang Arsenal apabila melakukan percubaan seawal minit pertama perlawanan.

Separuh masa pertama, kedua-dua pasukan tampil dengan permainan pantas dan bertenaga, namun The Gunners berjaya menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-8, hasil rembatan Nicolas Pépé.

Pepe

Sokratis melengkapkan kemenangan 2-0 Arsenal ke atas Manchester United apabila menjaringkan gol pada minit ke-42, selepas tandukan Lacazette diselamatkan de Gea dan bola muntah betul-betul didepannya untuk beliau mudah melakukan penyudah dengan satu rembatan padu.

Babak kedua menyaksikan Arsenal sedikit tenggelam dan sering diasak lawan sehingga membenarkan pihak lawan menguasai perlawanan.

Pun begitu, keputusan 2-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Arsenal kini ketinggalan sembilan mata di belakang kelompok empat teratas, namun kemenangan kedua dalam 16 perlawanan bagi semua pertandingan memberikan harapan untuk menamatkan saingan musim ini di empat teratas liga.

Kedudukan Terkini Liga Inggeris.

Kekalahan Manchester United dan Spurs serta Chelsea yang keciciran mata setelah terikat 1-1 sama dengan Brighton pada perlawanan minggu ini membuatkan saingan tempat keempat liga masih terbuka.

Keputusan Perlawanan

Bekas kapten dan pemain Arsenal, Mikel Arteta jelas gembira dengan keputusan yang dicatatkan pagi tadi dan memuji permainan bertenaga pemain-pemain beliau yang mencatatkan kemenangan pertama buat dirinya selaku ketua jurulatih.

Berasa amat bagus, menakjubkan. Saya terlalu gembira dan bangga dengan pemain saya,” kata Arteta.

“Secara fizikal tahap menurun pada babak kedua tapi komitmen dan keinginan mengagumkan.

Persembahan kami lebih baik jadi saya agak terdesak untuk melakar kemenangan dan kami mendapatnya.”

WHAT A PERFORMANCE! | HIGHLIGHTS | Arsenal 2-0 Manchester United | Jan 1, 2020

United menghuni tangga kelima, lima mata di belakang pasukan tangga keempat Chelsea, selepas beberapa persembahan di bawah tahap sebenar pada kempen yang bermasalah kali ini.

Kami bermula hebat bagi lima atau enam minit pertama, tidak menggunakan kesempatan dan kemudian mereka bermain dengan terlalu bagus,” kata pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer.

Kami terlalu perlahan pada babak pertama, tapi pujian buat mereka. Mungkin mereka kepenatan.

Nicolas Pepe menjaringkan gol pertama Arsenal untuk tahun 2020.

Perlawanan seterusnya Arsenal adalah saingan Piala FA pusingan ketiga dengan menerima kunjungan Leeds United, Selasa depan (7 Januari 2020) jam 4 pagi.

Perlawanan seterusnya Arsenal.
About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment