Selamat maju jaya Mat Yo!

Mat Yo bakal sertai Pathum United

Pemain kebangsaan dan bekas pemain Pahang, Norshahrul Idlan Talaha membuktikan ‘otai masih berbisa’ apabila bakal beraksi dalam saingan Liga 1 Thailand bersama pasukan Bangkok Glass Pathum United bagi musim depan.

Menurut laporan yang dikeluarkan Berita Harian semalam, perkembangan itu disahkan oleh ejennya, Abdul Halim Abdul Shukor yang menjangkakan bekas penyerang Pahang itu akan menandatangani kontrak bersama juara Liga 2 Thailand itu, Jumaat ini.

Ini menyaksikan Norshahrul yang lebih dikenali sebagai Mat Yo akan menyertai seorang lagi pemain negara yang turut berkelana ke Thailand pada musim depan iaitu Dominic Tan kini beraksi bersama Police Tero.

Dominic Tan mewakili Police Tero di Liga Thailand. Kredit foto: Fox Sport Asia

Saya mendapat tawaran rasmi daripada salah satu kelab besar di Thailand bagi mendapatkan Norshahrul.

Mereka sememangnya mencari pemain ASEAN dan saya cadangkan nama Norshahrul.

Saya percaya dengan keupayaannya beraksi di sana. Dia akan membuat pemeriksaan perubatan pada Khamis dan jika semuanya baik, dia akan menandatangani kontrak pada Jumaat,” jelas ejennya, Abdul Halim Abdul Shukor sebagaimana dipetik dari Berita Harian.

Bangkok Glass atau turut dikenali BG Pathum United turut membariskan anak legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad iaitu Irfan Ahmad yang beraksi di bahagian pertahanan.

Irfan (kirift) dan Ikhsan bersama bapanya, Fendi Ahmad. Kredit foto: Today Online

Sebagai rekod, ini kali pertama Norshahrul akan beraksi di luar negara sejak mula terjun ke kancah bola sepak tempatan sejak 2003.

Sumber dan Kredit : Berita Harian.

About MyGooners 866 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment