Connect with us

Arsenal

Status Mari, beli atau pinjam?

Published

on

Pertahanan tengah Flamengo, Pablo Mari hampir pasti sertai Arsenal.

Kita semua mengetahui bahawa Pablo Mari telah tiba di London bersama Edu dan beliau dikatakan bakal menjalani ujian kesihatan/kecergasan sebelum melengkapkan perpindahan ke Emirates.

Namun, apa status sebenar beliau?

Adakah Arsenal membelinya ataupun meminjam sahaja daripada Flamengo?

Advertisement

Media Brazil tidak dapat menjelaskan sama ada Pablo Mari menyertai Arsenal dalam perjanjian pinjaman atau secara kekal, dengan laporan mereka menyokong kedua-dua pilihan tersebut.

Colunadofla dalam laporan mereka memaparkan gambar Mari bersama pengarah Arsenal, Edu di Rio de Janeiro, manakala media Inggeris pula memuat naik video kedua-dua mereka telah pun tiba di Lapangan Terbang Heathrow, London.

Kesemua laporan mengatakan bahawa pertahanan tengah itu akan menjalani ujian perubatan pada minggu ini, tetapi kita semua tidak pasti apakah terma perpindahan itu.

Media Inggeris kebanyakannya bersetuju bahawa ia adalah perjanjian pinjaman.

Malah laporan Goal mendakwa bahawa ia adalah pinjaman dengan pilihan untuk membeli secara kekal pada musim panas.

Advertisement

The Gunners have been searching for a new centre-back throughout the transfer window and are now close to landing Mari on loan following successful talks with Brazilian side Flamengo over the past 24 hours.

The defender landed in England on Saturday to finalise the transfer, which will include an option to buy permanently at the end of the season.Goal

Mark Mann-Bryans dari PA Sport menulis perkara yang sama di Twitter, manakala di Brazil, dakwaan itu pula kurang jelas mengenai status perpindahan Mari.

Ciapan Mark Mann-Bryans

Mauro Cezar menegaskan bahawa presiden Flamengo, Rodolfo Landim memberitahunya bahawa perjanjian itu adalah perpindahan tetap.

Namun beliau tidak memberikan apa-apa bukti ataupun quote (petikan kata-kata Presiden Flamengo itu) bagi membuktikan dakwaan tersebut, tetapi sekiranya benar, sudah pasti ia adalah sumber yang menarik.

Advertisement
Ciapan Mauro Cezar, ESPN Brazil.

Selepas itu, Gazeta Esportiva menerbitkan butiran terperinci perpindahan ini dengan mendakwa ia adalah perjanjian pinjaman berjumlah € 4 juta, dengan bonus sehingga € 2 juta, ditambah dengan pilihan € 4 juta untuk membeli.

Menjadikan jumlah keseluruhan mencecah € 10 juta, namun bayaran bonus itu dilaporkan berdasarkan kepada jumlah penampilan Mari beraksi untuk The Gunners, tanpa mendedahkan berapakah jumlah sebenar penampilan.

Jorge Nicola dari ESPN Brazil kemudian mendakwa ia adalah perjanjian perpindahan yang menelan belanja € 7 juta.

Namun sehingga kini, masih kabur mengenai perjanjian perpindahan Pablo Mari ke Arsenal dan kita semua juga masih menunggu pengumuman rasmi mengenai perpindahan ini yang akan diumumkan kelak oleh kelab sekiranya berjaya.

Advertisement