Connect with us

Everton

Tidak mustahil untuk tewaskan Liverpool – Ancelotti

Published

on

Everton akan berdepan Liverpool pada pusingan ketiga Piala FA.

Pengendali baharu Everton, Carlo Ancelotti menyedari kepentingan menentang Liverpool awal pagi Isnin ini dalam saingan (pusingan) ketiga Piala FA adalah merupakan perlawanan derby mereka.

Liverpool ketika ini dilihat begitu mantap dan merupakan pendahulu Liga Perdana ketika ini dengan rekod tanpa kalah.

Ancelotti ketika bersama kelabnya sebelum ini, Napoli berjaya melakukan apa yang tidak mampu dibuat pengurus lain di England musim ini, iaitu menewaskan skuad kendalian Jurgen Klopp.

Advertisement

Liverpool tewas 2-0 di Naples pada Liga Juara-Juara September lalu diikuti seri 1-1 dalam saingan di Anfield, perlawanan tunggal tidak dimenangi Reds di laman sendiri musim ini.

Kekalahan lain buat Liverpool musim ini ialah pada saingan Piala EFL apabila kelab itu terpaksa menggunakan pasukan muda menentang Aston Villa kerana pasukan utama bermain pada Piala Dunia Kelab di Qatar.

Penyokong Everton tahu rekod saya berdepan Liverpool, mereka akan gembira melihatnya,” kata Ancelotti apabila dia diperkenalkan selaku pengurus.

Ada saingan yang hebat di sini dan ia motivasi besar buat kami. Saya ada hubungan yang bagus dengan Juergen Klopp.

Advertisement

Sentiasa menarik berdepan mereka.

Sudah tentu, saya menewaskan mereka tetapi mereka tidak biasa kalah.

Ia hari yang bagus buat saya. Saya tahu betapa penyokong Everton sangat mahu menewaskan Liverpool.

Ia bukanlah misi mustahil, tiada yang mustahil dalam bolasepak,” katanya.

Advertisement