Tottenham sertai Arsenal dengan dikaitkan pertahanan Belgium.

Christian Kabasele
Pemain pertahanan tengah Watford menjadi buruan kelab Inggeris menurut laporan.

Pada Ahad lalu, Le10 Sport mendakwa bahawa Arsenal dan Manchester United berminat untuk menandatangani Christian Kabasele dari Watford.

Dan beberapa hari sebelum itu, sumber yang sama telah menerbitkan sebuah kisah yang mengatakan Watford sedang berusaha memperbaharui kontrak pemain tersebut.

Christian Kabasele, 28 tahun, pemain kelahiran Belgium mempunyai kontrak bersama Watford sehingga Jun 2021 dan kisah ‘perebutan’ beliau menjadi hangat pada bulan ini dengan media melaporkan kelab-kelab Inggeris bergitu berminat mendapatkan khidmatnya.

Dan kami telah mengulas laporan itu pada: Arsenal berminat dapatkan pertahanan Watford.

Manchester United, Arsenal, Newcastle United dan West Ham semuanya dilaporkan mempunyai keinginan untuk menandatangani Christian Kabasele pada jendela perpindahan musim sejuk (Januari).

Laporan Le10Sport

Bagaimanapun, penulis sekali lagi merasakan bahawa Watford tidak mungkin akan melepaskan ataupun menjual pemain tersebut bulan ini.

Ini kerana ianya mungkin permainan ejen pemain tersebut untuk menggunakan kelebihan dalam rundingan pembaharuan kontrak bersama Watford demi mencari keuntungan lebih menggunakan alasan permintaan yang tinggi terhadap kliennya itu.

Lagipun kelab itu juga sedang bergelut dalam menyelamatkan diri dari zon penyingkiran dan ini juga menyukarkan untuk melihat Watford melepaskan Kabasele bulan ini.

Pun begitu, terdapat juga laporan menarik secara eksklusif mengenai Kabasele yang dikeluarkan oleh Walfoot di Belgium.

Mereka membawa masuk pasukan Tottenham dan mengekalkan Arsenal dalam senarai pasukan yang berminat mendapatkan Christian Kabasele .

Laporan Walfoot

Sekali lagi, ia terasa seperti usaha untuk mendapatkan manfaat unutk pemain itu dalam berunding penyambungan kontrak, setelah minat yang tinggi ditunjukkan terhadapnya.

Menurut laporan itu, Spurs dikatakan mahu mencari pengganti kepada Vertonghen, seandainya pemain itu meninggalkan mereka.

Manakala Arsenal pula mahu mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan Shkodran Mustafi (dijangka akan dipinjamkan ke Galatasaray).

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment