Tottenham resah selepas Moussa Sissoko akan terlepas aksi selama tiga bulan

Moussa Sissoko

Moussa Sissoko telah menjalani pembedahan lutut setelah mengalami kecederaan medial collateral ligament ketika menentang Southampton dua minggu lepas.

Ketiadaan Sissoko di dalam skuadnya buat sementara waktu akan memaksa Jose Mourinho untuk memikirkan semula perancangan pembelian pemain baru pada jendela perpindahan Januari ini.

Dia telah berbincang bersama pengerusi kelab, Daniel Levy untuk menguatkan di posisi bek kiri dan kanan. Mereka menjadikan pemain Norwich City, Max Aarons dan Max Clark dari Vitesse Arnhem sebagai sasaran pembelian bulan ini.

Sebolehnya mereka tidak mahu berbelanja besar pada bulan ini, namun selepas kehilangan Harry Kane dan Sissoko buat masa panjang membuatkan Spurs perlu mengubah perancangan mereka.

Kane telah mengalami kecederaan hamstring ketika pasukannya tewas 0-1 kepada Southampton pada perlawanan tahun baru lalu.

Ini bermakna Spurs hanya mempunyai dua pemain penyerang yang cergas iaitu Son Heung-Min dan Troy Parrott, pemain remaja berusia 17 tahun.

Sissoko telah mengalami kecederaan pada lutut kanannya juga dalam perlawanan PL menentang Southampton, dan telah terlepas perlawanan pusingan ketiga Piala FA menentang Middlesbrough pada hujung minggu lepas.

Dia juga telah selamat menjalani pembedahan pada lututnya semalam.

“Kakitangan perubatan akan memantau proses pemulihan Moussa sebelum dia memulakan sesi rehabilisasi untuk kembali menyertai sesi latihan pada awal April,” petikan dari sumber rasmi kelab.

Selain Kane dan Sissoko, Tottenham juta telah kehilangan khidmat Tanguy Ndombele, Danny Rose, Ben Davies, dan ketua pasukan Hugo Lloris musim ini.

Mereka masih lagi dalam proses pemulihan kecederaan dan dijangka tidak akan cergas menjelang perlawanan penting menentang Liverpool pada Sabtu ini.

Be the first to comment