Wasiat seorang penyokong seumur hidup kepada pemain.

Barrie Greaves
Peminat seumur hidup Norwich City, Barrie Greaves meninggalkan wasiat £100 kepada pemain-pemain kelab.

Barrie Greaves mewasiatkan 100 pound kepada pemain kelab yang disokong dan disayanginya bagi membelanjakan mereka selepas dia meninggal dunia.

Dia ingin memberikannya kepada mereka (pemain-pemain) untuk mengucapkan terima kasih atas hiburan yang telah mereka berikan sepanjang hayatnya dalam menempuh detik suka dan duka sepanjang bergelar penyokong pasukan.

Kelab tersebut, Norwich City kemudian memuat naik gambar para pemain menaikkan minuman untuk Greaves yang meninggal dunia pada 28 Disember, pada usia 83 tahun.

Pemain-pemain Norwich menunjukkan penghargaan kepada Greaves.

Anak perempuannya, Sarah memberitahu Radio 1 Newsbeat bahawa laman sosialnya menjadi viral dan dia menyedari kisah ayahnya itu mendapat perhatian daripada peminat bolasepak sehingga ke Sepanyol dan Amerika Latin.

Malah anak perempuannya itu mengakui bahawa ayahnya sering berjenaka tentang meninggalkan wang (wasiat) untuk pemain-pemain dan Sarah tertawa setiap kali melihat sebahagian daripada wasiatnya.

Dia secara khusus berkata ia adalah untuk mereka meraikannya – saat-saat indah dan menyedihkan,” kata Sarah.

Saya rasa tahun lalu ia adalah kedua-duanya, kejayaan naik ke Liga Perdana dan pergelutan untuk mengelak penyingkiran.”

Norwich memenangi Liga Kejuaraan musim lalu tetapi kini di tangga tercorot Liga Perdana, tujuh mata di bawah garis selamat selepas kekalahan 4-0 di tangan Manchester United.

Greaves meninggalkan pesanan untuk pengebumiannya, pada 20 Januari: “Keraian yang ceria dan pastinya bukan pada hari perlawanan.”

Barrie Greaves telah menyokong Norwich melebihi 70 tahun.
About MyGooners 881 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment