WHO isytihar darurat kesihatan awam global.

Coronavirus
WHO mengisytiharkan wabak novel #coronarvirus di Wuhan sebagai kecemasan kesihatan global (PHEIC) selepas mengadakan mesyuarat tergempar semalam.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengumumkan coronavirus yang telah mengakibatkan kematian 170 orang di China sebagai darurat kesihatan awam global apabila ia telah merebak ke 18 negara.

Sebahagian besar daripada lebih 7,800 kes dikesan di peringkat global, menurut data terbaru WHO, di mana virus itu mula dikesan di sebuah pasar hidupan liar haram di bandaraya Wuhan.

Namun, 100 kes telah muncul di negara lain, menyebabkan sekatan perjalanan, penularan sentimen anti-China di beberapa tempat dan peningkatan permintaan terhadap topeng muka.

Di wilayah Hubei iaitu ibunegeri Wuhan, kira-kira 60 juta orang tinggal dalam kuarantin apabila China berusaha membendung penularan coronavirus.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, dalam satu sidang akhbar di Geneva memuji tindak balas China, tetapi berkata, WHO bimbang virus merebak ke negara yang tidak mempunyai sumber untuk menanganinya.

“Sebab utama pengisytiharan ini ialah bukan kerana apa yang berlaku di China tetapi kerana apa yang berlaku di negara lain.

“Kebimbangan utama kami ialah potensi virus itu untuk merebak ke negara yang mempunyai sistem kesihatan yang lemah,” katanya. – REUTERS (via Berita Harian)

Kredit Info Grafik : BBC

Semalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan mengadakan semula mesyuarat Jawatankuasa Darurat (EC) bagi membincangkan wabak novel coronavirus di China termasuk menasihatkan pertubuhan antarabangsa itu keperluan mengisytiharkan Amaran Darurat Kesihatan Antarabangsa (PHEIC).

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanam

Mesyuarat itu dijangka diadakan esok (Jumaat waktu Malaysia).

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanam menerusi Twitter menjelaskan keputusan itu selepas mengambil kira peningkatan kes melebihi 7,000 di China dan telah menular di 20 negara seluruh dunia.

“Ia juga kerana terdapat tiga kes di luar negara China jangkitan daripada manusia ke manusia,” katanya.

Dr Tedros juga mengaku WHO kesal dengan kesilapan pada laporan awal penilaian risiko global yang menarafkan wabak itu sebagai ‘sederhana’.

Sambil mengakui kesilapan penarafan itu sebagai kesilapan manusia, WHO kini memandang wabak itu sebagai ‘berisiko tinggi’, kata Dr Tedros lagi.

WHO beroperasi 24 jam 7 hari seminggu bagi menghadapi wabak ini dan memberi bantuan teknikal, nasihat dan berkongsi data serta maklumat semasa dengan negara-negara anggota termasuk Malaysia, katanya.

Kira-kira seminggu lalu, WHO menyatakan terlalu awal untuk mengisytiharkan PHEIC kerana wabak itu hanya berlaku di China dan hanya menular di beberapa negara lain di dunia.

Keputusan WHO itu juga diputuskan berdasarkan tiada bukti virus merebak daripada kepada manusia, ketika itu.

Bagaimanapun, WHO akan mengkaji perkara itu dari semasa ke semasa. Keputusan WHO itu mendapat kecaman masyarakat antarabangsa seperti dilaporkan media berpengaruh.

Jika PHEIC atau darurat kesihatan diumumkan, WHO boleh mengeluarkan larangan atau sekatan untuk ke negara terbabit dan negara yang dijangkiti, sekatan perjalanan dan perdagangan di peringkat antarabangsa, jika dirasa perlu.

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment