Connect with us

Arsenal

Xhaka buat keputusan ‘u-turn’.

Published

on

Mikel Arteta menegaskan Granit Xhaka kekal bersama Arsenal.

Pemain tengah Arsenal, Granit Xhaka telah membuat keputusan mengenai masa depannya bersama Arsenal.

Selepas dilucutkan peranan kapten ekoran insiden makian terhadap penyokong dan peminat awal musim ini, pemain antarabangsa Switzerland itu dijangka berpindah keluar pada Januari ini.

Beliau begitu kuat dikatakan akan berpindah ke Hertha Berlin selepas pendedahan yang dibuat oleh ejen minggu lepas.

Advertisement

Malah beliau sendiri dikatakan telah memaklumkan kepada rakan sepasukan mengenai perpindahan beliau.

Namun bercakap selepas kemenangan ke atas Manchester United pagi tadi, yang mana prestasi Xhaka begitu cemerlang, Mikel Arteta mengesahkan pemain tersebut kini bersedia untuk kekal di Emirates.

Saya fikir dia akan tinggal [kekal di Emirates],” kata Arteta mengenai Xhaka kepada media.

Saya sangat menyukainya. Sekiranya kita berjaya mengekalkan dan menggunakan beliau, dia boleh menjadi pemain yang hebat untuk kelab bolasepak ini. “

Xhaka telah bersama Arsenal semenjak tahun 2016 dan telah membuat 151 penampilan dengan 11 gol dan 17 bantuan gol dihasilkan beliau.

Advertisement