Xhaka selesa di bawah kendalian Arteta.

Abang kepada Granit Xhaka dedahkan adiknya kini selesa bersama Arsenal.

Pemain tengah Arsenal, Granit Xhaka sebelum ini dilaporkan tidak lagi gembira bersama The Gunners setelah insiden beliau bertelagah bersama penyokong.

Dan kisah itu kemudiannya membawa kita kepada khabar angin mengatakan beliau akan berpindah ke Bundesliga pada jendela perpindahan Januari.

Xhaka marah dan kecewa

Malah ejen kepada Granit Xhaka, José Noguera turut mendedahkan bahawa perbincangan telah pun diadakan bersama pihak Hertha Berlin, namun hanya menunggu keputusan Arsenal mengenai perpindahan itu untuk berlaku.

Setelah Arteta mengambil alih Arsenal, beliau secara terbuka mengakui meminati pemain kebangsaan Switzerland itu dan tidak mahu kehilangannya pada musim ini.

Walaupun mengakui mahu mengekalkan Granit Xhaka pada musim ini, namun Arteta juga dikatakan sedia melepaskan pemain tengah itu pada penghujung musim ini.

Dan tindakan itu juga mengundang rasa tidak puas hati Granit Xhaka berhubung masa depan bersama Arsenal.

Pun begitu, baru-baru ini kami mengulas mengenai tindakan Arsenal dan Arteta yang dikatakan melengah-lengahkan masa bagi menaikkan nilai perpindahan Xhaka ke Hertha Berlin.

Dan ulasan kami itu mendedahkan dimana Arsenal meminta yuran perpindahan melebihi € 30 juta sebelum melepaskan Granit Xhaka kepada kelab Jerman tersebut.

Taulent dan Granit Xhaka

Perkembagan terkini kisah perpindahan Granit Xhaka diteruskan lagi apabila pihak T-Online telah menemubual abang kepada Granit Xhaka, Taulant Xhaka, dan bertanya kepadanya mengenai masa depan Granit di Emirates.

Dan menurut laman itu, Taulant berkata:

Saya tidak tahu jika Hertha BSC adalah pilihan konkrit untuk Granit sama sekali.

Saya bercakap dengannya di telefon dan dia memberitahu saya bahawa Bundesliga adalah satu liga yang menarik.

Tetapi, dia pasti mahu kekal di Liga Perdana Inggeris.

Dia berasa sangat selesa dengan jurulatih baharu, Mikel Arteta.

Terdahulu musim ini, pemain berusia 27 tahun itu bertelagah dengan peminat Arsenal dan kemudian Unai Emery melucutkan peranan kapten pasukan daripadanya.

Walau bagaimanapun, situasi kini telah bertambah baik untuk Granit di bawah Arteta dan abangnya masih berharap pemain itu sekali lagi mampu memenangi hati peminat Arsenal.

Saya menganggapnya demikian.

Dia bermain dalam perlawanan sebelum ini [terkini – sebelum menentang Crystal Palace] dan menunjukkan persembahan yang mantap.

Para peminat memuji dia untuk persembahannya itu dan jurulatih juga sangat berpuas hati dengannya, “jelas Taulant.

Granit Xhaka dilaporkan gembira bersama Arsenal dibawah kendalian Arteta
About MyGooners 882 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment