Zlatan bukan maskot Milan.

Selepas lapan tahun meninggalkan Milan, Zlatan kembali ke kelab Itali itu.

Bintang Sweden, Zlatan Ibrahimovic memberi amaran hari ini bahawa dia bukan kembali ke AC Milan sebagai maskot tetapi memberikan titisan adrenalin terakhir dalam usaha membantu kelab disayanginya itu keluar daripada situasi sukar.

Saya bukan berada di sini untuk menari buat penyokong dekat dengan Devil (maskot Milan),” kata pemain berusia 38 tahun itu dalam sidang akhbar di Milan.

Saya mencari titisan adrenalin terakhir yang mungkin saya ada. Pada usia saya, anda tidak mencari perkara lain selain cabaran.

Apabila anda berusia 38 tahun dan diambil AC Milan, ia sesuatu yang jarang berlaku, datang ke sini bermakna saya masih ada sesuatu untuk diberikan.

Saya mendapat lebih banyak permintaan kini berbanding ketika 28 tahun,” katanya.

Saya sudah bersedia, saya rasa lebih hebat, saya harap dapat segera bermain.” 

Ibrahimovic menandatangani kontrak enam bulan bernilai 3.5 juta euro dengan pilihan tambahan setahun.

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment