4 gol 3 mata, Arteta raih kemenangan kedua liga.

Mikel Arteta kini mencatatkan empat kemenangan, lima seri dan satu kekalahan semenjak mengambil alih The Gunners.

Kejayaan menewaskan Newcastle pagi tadi memberikan Arteta kemenangan ke dua dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan keempat secara keseluruhan.

Dua lagi kemenangan dicatatkan skuad bimbingan Arteta adalah pada saingan Piala FA (menewaskan Leeds di pusingan ketiga dan menewaskan Bournemouth di pusingan keempat).

Separuh masa pertama berkesudahan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dan Arsenal akhirnya berjaya memecah kebuntuan gol pada minit ke-54 melalui Aubameyang.

Gol pertama Arsenal dijaringkan Aubameyang.

Belum pun sempat menarik nafas lega dan kegembiraan gol pembukaan Auba itu, peminat dan penyokong Arsenal terus bergembira dengan jaringan kedua melalui Pepe, tiga minit selepas itu.

Pepe menjaringkan gol kedua Arsenal.

Seakan-akan perlawanan berkesudahan dengan keputusan 2-0, pemain perancang berbisa The Gunners yang pernah menerima nama jolokan Raja Bantuan Gol, Mesut Ozil menambah duka pelawat dengan gol ketiga pada minit-minit akhir perlawanan.

Ozil menjaringkan gol ketiga Arsenal pada minit ke-90.

Pemain gantian yang dibawa masuk, Lacazette yang mencipta peluang ataupun bantuan gol kepada Ozil akhirnya menghukum pelawat dengan gol terakhir perlawanan yang seterusnya memberikan kemenangan besar Arsenal pagi tadi.

Laca menjaringkan gol keempat Arsenal pada minit-minit terakhir perlawanan setelah masa tambahan sebanyak 6 minit diberikan.

Tamat perlawanan, Arsenal 4-0 Newcastle.

Pemain Terbaik Perlawanan.
Man of the Match – Bukayo Saka.
Rangkuman Perlawanan
Fakta-Fakta Menarik Perlawanan
About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment