“Agak bodoh untuk bergantung kepada Bruno Fernandes sahaja!” Dimitar Berbatov

Bruno Fernandes

Dimitar Berbatov menghentam bekas kelabnya Manchester United kerana gagal mendapatkan lebih ramai pemain selepas menandatangani Bruno Fernandes.

Fernandes menyertai United dengan yuran perpindahan £68 juta dari Sporting Lisbon minggu lepas, dan dia menampilkan aksi yang baik dalam debut menentang Wolverhampton Wanderers dalam perlawanan lalu.

Bekas penyerang Red Devils ini menyanjung kemasukan pemain antarabangsa Portugal tersebut tetapi dia tidak mahu United menjadi ‘bodoh’ untuk hanya berharap ke atasnya sahaja.

Statistik Bruno Fernandes lawan Wolverhampton Wanderers

United juga berjaya mendapatkan seorang lagi pemain pada Januari lepas iaitu Odion Ighalo dari Shanghai Shenhua secara pinjaman, namun Berbatov mendakwa kelab itu telah memberikan tugasan sukar untuk Fernandes melakukan impak yang diharapkan.

“Ianya satu big signing dan United telah membayar yuran yang tinggi untuk Bruno Fernandes dan saya harap dia dapat menaikkan moral pasukan, tetapi agak sukar untuk bergantung kepada seorang sahaja untuk memperbaiki keadaan,” kata Berbatov kepada Betfair.

“Saya lebih suka dibuktikan yang saya salah dan sudah tentu saya mahu dia boleh melakukan yang terbaik, tetapi agak bodoh untuk terlalu bergantung kepadanya. Ini menunjukkan keinginan United dan saya harap mereka akan membeli pemain lain.

“Dia menyertai skuad yang muda dan hebat, dan kesemua pemain di sana akan melihat usaha yang dilakukan untuk meningkatkan kualiti pasukan.

“Dan saya pasti mereka akan meningkatkan permainan mereka dan mula memberikan kekaguman, terutama para pemain tengah. Secara keseluruhan, ini bagus kerana menunjukkan niat dan kaliber Manchester United.

“Saya harap nama-nama besar yang lain akan melihat perkara ini dan berfikir mahu datang ke Old Trafford juga kerana menandatangani seorang pemain dahulu adalah permulaan yang bagus, tetapi mereka memerlukan beberapa pemain lagi.”

United dalam bahaya terlepas slot Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan buat kali kedua berturut-turut selepas mempamerkan aksi tidak konsisten dalam kempen PL musim ini.

Mereka kini menduduki tempat ketujuh liga, enam mata ketinggalan dari pasukan tempat keempat iaitu Chelsea dengan tinggal 13 perlawanan sahaja lagi.

Pasukan Ole Gunnar Solskjaer akan bertemu pasukan bimbingan Frank Lampard dalam saingan liga pada 18 Februari nanti di Stamford Bridge.

Be the first to comment