Connect with us

Inter Milan

Akibat conoravirus, Liga Itali beraksi tanpa penonton.

Published

on

Juventus menentang Inter, antara perlawanan Serie A terpaksa beraksi secara tertutup.

Potensi penentuan gelaran Serie A antara Juventus dan Inter merupakan salah satu daripada beberapa perlawanan yang akan dimainkan tanpa disaksikan penonton.

Perlawanan yang akan dimainkan pada hujung minggu ini di kawasan yang terdedah dengan conoravirus akan diteruskan, tetapi tanpa kehadiran penyokong dan penonton.

Perlawanan yang akan dimainkan secara tertutup :

  • Udinese v Fiorentina
  •  Milan v Genoa
  •  Parma v SPAL
  •  Sassuolo v Brescia
  •  Juventus v Inter

Empat pelawanan Serie A telah dibatalkan hujung minggu lalu, termasuk pertembungan antara Inter dengan Sampdoria.

Liga itu kini memutuskan lebih baik bermain di stadium kosong daripada menghadapi risiko gagal menamatkan saingan liga musim ini.

Sebagai keputusannya, semua acara sukan di kawasan Lombardy, Veneto, Piedmont, Friuli Venezua Giulia dan Emilia Romagna akan diteruskan tanpa penonton.

Advertisement

“Yes to games behind closed doors until next Sunday in the areas at risk. Friuli Venezia Giulia, Emilia Romagna and Liguria are also involved in the areas involved”

Dua hari lalu, Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte menunda tiga perlawanan Serie A termasuk Inter Milan vs Sampdoria berikutan wabak maut conoravirus.

Dalam satu langkah yang tidak pernah berlaku sebelum ini, pada malam Sabtu, ia telah mengumumkan bahawa semua acara sukan di wilayah Lombardy dan Veneto telah digantung.

Pengumuman dari Conte berkata: “Menteri Sukan Spadafora berhasrat untuk menggantung semua acara sukan yang dirancang pada hari Ahad di wilayah Veneto dan Lombardy.”

Advertisement

Perlawanan Atalanta vs Sassuolo dan Verona vs Cagliari juga ditangguhkan.

Perlawanan Serie B yang melibatkan Ascoli dan Cremonese turut dibatalkan pada hari Sabtu lalu, kira-kira sejam sebelum perlawanan dimulakan kerana kerisauan terhadap coronavirus.

Itali telah menyaksikan dua kematian akibat conoravirus dan mempunyai lebih banyak kes yang disahkan berbanding mana-mana negara Eropah yang lain.

Terdapat secara rasmi 79 orang di negara itu telah didiagnos dengan virus tersebut, dengan 64 dari mereka dari wilayah Lombardy dan Veneto.

Kedua-dua kawasan yang terjejas telah menutup seluruh kawasan dengan sekolah dan pejabat juga ditutup kerana penyebaran pantas wabak tersebut.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply