
Dayot Upamecano merupakan pemain bolasepak profesional Perancis yang kini bermain sebagai pertahanan tengah untuk RB Leipzig.
Pemain ini antara mereka yang dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal sepanjang jendela perpindahan musim ini.
Malah Upamecano juga merupakan antara pemain yang paling peminat inginkan ataupun mahukan Arsenal menandatanganinya.

Pada perlawanan Bayern Munich menentang RB Leipzig pagi tadi, pemain yang menjadi perhatian peminat dan penyokong Arsenal tidak lain dan tidak bukan, Upamecano.
Upamecano telah membuat lapan clearances, tiga halangan dan empat pintasan pada perlawanan tersebut di Allianz Arena.
Walaupun Upamecano mencatatkan statistik yang mengagumkan, namun rata-rata peminat tidak yakin sepenuhnya dengan prestasi dan persembahan pemain Perancis itu.

Ini mencetuskan dua persepsi peminat terhadap pemain tersebut apabila terdapat setengah lagi penyokong percaya sumbangannya itu berjaya mengekang Bayern daripada merobek gawang Leipzig.
Reaksi berbeza peminat dan penyokong
“Dia akan menjadi pemain terbaik di liga”, dan “Masih sangat, sangat mentah”, begitulah antara komen peminat dan penyokong Arsenal mengenai persembahan Upamecano pagi tadi.
Kagum dan teruja:







Biasa-biasa jer…








Apa kata Raul Sanllehi
Dalam video yang disiarkan oleh pengguna di Twitter, @tikitakaconnor pada Disember, dua penyokong Arsenal dilihat berada di Stadium Emirates.
Salah seorang peminat berjalan kaki ke Sanllehi dengan gambar pemain pertahanan Leipzig itu di telefon mereka, dan boleh didengar memberitahu Ketua Bolasepak Arsenal: “Pemain yang sangat baik, pemain yang sangat baik.”
Sanllehi, tersenyum menjawab: “Saya tahu.”