Norwich tidak mahu kehilangan Tettey.

Alexander Tettey

Pemain tengah Norway, Alexander Tettey menyatakan komitmennya untuk terus kekal bersama the Canaries.

Dia menandatangani kontrak baru lanjutan selama setahun, dan ini bermakna dia merupakan pemain paling lama berkhidmat untuk Norwich City.

Tettey sudah bersama the Canaries sejak 2012, dan dengan kontrak baru ini, dia akan kekal sehingga musim panas 2021.

“Ini sesuatu yang besar untuk diri saya. Sungguh seronok untuk terus berada di Norwich dan keluarga saya juga gembira.” kata Tettey dalam website rasmi kelab.

“Saya gembira apabila keluarga saya gembira. Saya sudah lama berada di sini, jadi ianya bukanlah sesuatu yang baru, tetapi ini merupakan satu perkara yang positif dan besar kepada saya.

“Saya juga memberikan nasihat apabila diperlukan, tetapi anda tidak mahu sentiasa berada bersama dengan para pemain muda sepanjang masa, kerana anda juga perlu memberikan mereka ruang untuk membesar dan mempelajarinya sendiri.

“Semua pemain senior juga memberikan nasihat.

“Terdapat pasang surut semasa saya berada di sini, tetapi peristiwa terindah adalah di Wembley [perlawanan akhir play-off 2015], dan juga menjuarai Championship pada 2019.”

Tettey merupakan pemain kunci di bahagian tengah pasukannya, dan telah membuat 19 penampilan musim ini. Secara keseluruhan, dia sudah membuat 228 penampilan dalam semua kejohanan bersama the Canaries.

312Shares

Be the first to comment

Leave a Reply