Connect with us

Arsenal

Arsenal buat keputusan mengenai masa depan Pablo Mari di Emirates.

Published

on

The Gunners dilaporkan sedia menawarkan £16.8 juta untuk menandatangani Mari secara tetap.

Berita terkini dari Emirates ketika Gunners mengalu-alukan Olympiacos untuk perlawanan kedua peringkat 32 terbaik Liga Europa, dengan Arsenal memiliki kelebihan 1-0.

Laporan itu mendakwa perjanjian itu boleh menelan belanja sehingga £ 13.5 juta termasuk nilai-nilai tambahan.

The Gunners buat keputusan mengenai Pablo Mari.

Advertisement

Menurut laporan dari Brazil, Arsenal telah membuat keputusan untuk menjadikan perpindahan pinjaman Pablo Mari dari Flamengo sebagai perpindahan tetap pada musim panas ini.

Mari menyertai Arsenal secara pinjaman pada jendela perpindahan Januari lalu dan setakat ini, pemain pertahanan itu hanya memainkan satu perlawanan, itu pun bersama pasukan U23.

Mari dan Rob Holding beraksi dalam skuad U23 menentang skuad U23 Chelsea.

Namun ianya tidak menghalang untuk The Gunners menandatanganinya secara kekal.

Arsenal dilaporkan telah menyatakan kepada Flamengo bahawa mereka berhasrat untuk mengaktifkan pilihan untuk menjadikan perjanjian pinjaman Pablo Mari menjadi perpindahan tetap pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Pemain berusia 26 tahun itu adalah salah seorang daripada dua pemain yang dibawa masuk ke Emirates pada jendela perpindahan Januari, dimana Mari telah menandatangani kontrak sehingga akhir musim ini untuk bersama Arsenal, dari kelab Brazil itu.

Advertisement

Setakat ini, pemain Sepanyol itu masih gagal membuat debut pertamanya bersama skuad utama The Gunners, walaupun membuat aksi sulung bersama skuad B23 dalam kekalahan 2-1 menentang Chelsea pada awal bulan ini.

Pun begitu, ianya sudah memadai untuk meyakinkan pegawai-pegawai Arsenal serta ketua jurulatih, Mikel Arteta yang telah menyaksikan Mari dalam latihan untuk menandatanganinya secara kekal.

Di samping itu, laporan tersebut menyatakan bahawa bayaran untuk membawa Mari ke Stadium Emirates boleh mencapai 16 juta euro (£ 13.5juta) termasuk bonus prestasi.

Mungkin secara kebetulan, tidak terlalu lama selepas khabar angin ini muncul, Mari memuat naik status beliau di media sosial.

Advertisement

Beliau memuat naik beberapa gambar dari sesi latihan Rabu di London Colney menjelang perlawanan kedua Liga Europa peringkat 32, menentang Olympiacos, di mana beliau boleh membuat debut pertamanya.

Status beliau itu tidak memaparkan sebarang kapsyen, tetapi hanya menggunakan emoji bolasepak dan otot (kuat).

Walaupun masih belum menyerahkan Mari debut bersama pasukan utama, Arteta telah mendedahkan sebab utama beliau membawa rakan senegaranya ke utara London bulan lepas.

“Bagi saya ia sangat penting [Mari berkaki kiri],” kata Arteta.

Advertisement

“Dia mengimbangi apa yang saya mahukan pada barisan pertahanan.

“Dia memberi kami lebih banyak pilihan, lebih banyak penyelesaian dan membuka ruang lebih besar.

“Dia pemain yang kami ikuti selama beberapa bulan dan kami sangat gembira untuk memilikinya.”


Advertisement