Arsenal dilaporkan berminat dapatkan Nathan Ake.

Nathan Ake
  • The Gunners berusaha mendapatkan seorang lagi pemain pertahanan tengah pada musim panas ini, menurut David Ornstein.
  • Arsenal telah dikaitkan dengan Nathan Ake dari Bournemouth untuk beberapa kali.
  • Kini laporan terbaru muncul dengan kemungkinan Ake akan meninggalkan Cherries dan Arsenal akan mendapatkan tandatangannya.

Arsenal terus dikaitkan dengan pemain pertahanan tengah dan kali ini merupakan pertahanan Bournemouth, Nathan Ake.

Football Insider telah bercakap dengan bekas penyerang Leeds, Noel Whelan dan dia menganggap Ake akan meninggalkan Cherries untuk menyertai kelab yang lebih besar pada musim panas ini.

Noel David Whelan merupakan bekas pemain Leeds United dan kini menjadi komentator bersama Matchday untuk semua pertandingan Leeds United di BBC Radio Leeds.

“Dia dikaitkan dengan gerakan kembali ke Chelsea, dia dipantau oleh Arsenal.

“Terdapat banyak kelab yang memerhatikan Nathan Ake.

“Sejak meninggalkan Chelsea, dia benar-benar meningkat dan berkembang menjadi pertahanan tengah yang sangat baik.

“Tetapi saya fikir sekarang, menjelang akhir musim, tidak kira di mana Bournemouth berakhir, sama ada mereka masih dalam Liga Perdana atau mereka diturunkan [relegated], saya fikir ia mungkin masa untuk dia [Ake] melangkah ke kelab besar . ”

Ake telah menjadi pemain tetap untuk Bournemouth sejak menyertai mereka pada perpindahan tetap tahun 30 Jun 2017 dengan nilai perpindahan berjumlah £20 juta.

Sebelum itu beliau menyertai pasukan tersebut secara pinjaman pada tahun 2016 sebelum dipanggil balik ke Chelsea pada 8 Januari 2017

Musim ini dia bermain dalam 21 pertandingan liga, terlepas lima perlawanan kerana kecederaan hamstring.

Dengan usia baru mencecah 24 tahun, Ake masih dianggap muda dan dia boleh bersama Arsenal untuk tempoh yang lama.

Sama ada The Gunners sememangnya berhajat untuk mendapatkan Ake atau tidak, jumlah bayaran perpindahan juga menjadi satu lagi persoalan.

Ake dinilaikan pada £31.5 juta harga pasaran semasa dan mempunyai kontrak bersama Bournemouth sehingga Jun 2022.

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment