Arsenal masih ‘mahukan’ Upamecano

The Gunnes dilaporkan masih berminat untuk menandatangani pertahanan RB Leipzig.
  • Arsenal masih ‘mahukan’ Upamecano selepas perpindahan musim panas yang gagal.
  • Liga Perdana Inggeris kekal ‘destinasi impian’ buat pertahanan RB Leipzig.

Bulan lalu, laporan yang dikeluarkan dari Sepanyol menjelaskan pertahanan tengah itu menjadi ‘objektif utama’ Barcelona pada jendela perpindahan Januari, namun tiada kesepakatan dicapai.

Manakala menurut laporan terkini dari Bild, pemain berusia 21 tahun itu memutuskan untuk tidak memperbaharui kontraknya dengan kelab Bundesliga itu dan kontrak semasanya akan berakhir pada tahun 2021.

Dan ia turut dilaporkan bahawa RB Leipzig sedia berunding untuk melepaskan pertahanan tersebut sekiranya menerima tawaran berjumlah €60 juta pada musim panas nanti.

Malah turut dilaporkan dimana kelab-kelab utama ‘berbaris’ untuk mendapatkan pertahanan Perancis ini dan laporannya menyebut Barcelona dan Bayern Munich sangat berminat terhadapnya.

Begitu juga kelab Utara London yang turut di sebut dan Bild menambah Arsenal masih ‘mahukan’ pemain itu selepas gagal mendapatkannya pada musim panas lalu.

Akhbar Jerman menambah Liga Perdana Inggeris kekal menjadi ‘destinasi impian’ Upamecano.

Apa-apa pendekatan dari pihak Mikel Arteta akan melihatkan mereka bakal menghadapi persaingan dari kelab Bavaria.

Satu lagi laporan dari Bild menerangkan bahawa juara Jerman itu telah mengikuti bintang Leipzig untuk tempoh yang lama.

Ia menyatakan Bayern telah menjelaskan minat mereka kepada pihak ejen Upamecano dan mereka ingin dimaklumkan sekira terdapat kelab lain yang membuat pendekatan terhadap pemain tersebut.

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment