Arsenal merancang mahu membawa pulang Arsene Wenger dan Santi Cazorla kembali ke Stadium Emirates

Arsenal merancang mahu membawa pulang dua individu berpengaruh terhadap kelab iaitu Arsene Wenger dan Santi Cazorla ke Stadium Emirates musim depan.

Menurut Sportsmail, Wenger sudah pun dihubungi untuk diberitahu mengenai perancangan kelab itu, menjadikannya sebagai lawatan rasmi pertama sejak meninggalkan kelab pada 2018.

Begitu juga cerita mengenai Santi Cazorla

Ketua Bola Sepak Raul Sanllehi telah memberitahu ketika forum penyokong minggu lepas bahawa mereka mahu memberi peluang kepada bekas pemain perancang kelab, Santi Cazorla perlawanan terakhir untuk mengucapkan selamat tinggal dengan sebaiknya buat para peminat the Gunners.

Sanllehi berharap Arsenal dapat menjadi tuan rumah kepada Villarreal dalam satu perlawanan persahabatan pra-musim (kemungkinan Piala Emirates) akan datang.

Karier Cazorla di London berakhir dengan siri kecederaan yang berlarutan sehingga memaksa dirinya berpindah ke Villarreal musim lepas.

Piala Emirates merupakan pertandingan pra-musim yang dijalankan hampir setiap tahun, dan boleh menawarkan peluang untuk bertemu Villarreal, namun the Gunners perlu memastikan dimanakah kedudukan mereka dalam kejohanan Eropah pada musim panas akan datang.

Tiada perancangan jelas dan tetap yang dapat diputuskan oleh pihak kelab buat masa ini.

Andai perkara ini dapat direalisasikan, ianya satu berita yang sangat baik untuk kita para peminat, melihat kembali Arsene Wenger duduk di kawasan teknikal di tepi padang, juga menyaksikan aksi lincah Cazorla di tengah padang Emirates.

Be the first to comment