Connect with us

Arsenal

Arsenal rancang ‘curi’ pemain tengah Feyenoord sebelum Euro 2020.

Published

on

Bayaran perpindahan pemain tersebut dianggarkan sekitar € 20 juta.

Media Turki, Fanatik mendakwa Arsenal berminat untuk menandatangani pemain tengah Feyenoord, Orkun Kokcu setelah mengikuti perkembangan pemain tersebut selama 18 bulan.

Pemain berusia 19 tahun itu dilahirkan di Belanda, namun memilih untuk mewakili Turki dan kini mewakili pasukan U21 negara tersebut.

Berada di prestasi terbaik dan mempamerkan persembahan yang mengagumkan untuk Feyenoord musim ini, Kokcu telah menjaringkan tiga gol dalam 29 penampilan untuk pasukan Dick Advocaat.

Advertisement
Orkun Kokcu

Mikel Arteta berusaha untuk mengukuhkan skuad The Gunners pada musim panas nanti dilaporkan berminat untuk mendapatkan seorang pemain tengah baharu.

Dan Kokcu dikatakan sebagai salah seorang pemain yang menjadi sasaran Arteta musim panas ini.

Menurut Fanatik, Arsenal mahu bertindak cepat untuk ‘mencuri’ pemain tersebut dan mereka ingin menyelesaikan perpindahannya sebelum kejohanan Euro 2020 bermula.

*Nota: Kejohanan Euro 2020 akan bermula pada 21 Mac dan berakhir pada 31 Mac 2020.

Tindakan Arsenal yang dikatakan mahu melengkapkan segera perpindahan pemain muda itu dikatakan kerana terdapat kemungkinan Kokcu mampu beraksi bersama skuad senior Turki pada kejohanan tersebut.

Pihak Feyenoord dilaporkan sedia melepaskan pemain tersebut sekiranya menerima bayaran perpindahan (sekitar) € 20 juta.

Advertisement

Kokcu masih mempunyai kontrak bersama kelab tersebut sehingga Jun 2023.