Arsenal ‘terbuka’ untuk menjual Mkhitaryan pada musim panas.

Henrikh Mkhitaryan beraksi ketika menentang Bologna
Kelab ‘tidak yakin’ dan akan menunggu sehingga akhir musim untuk membuat keputusan.

Sejak beberapa hari yang lalu, terdapat beberapa dakwaan dalam media Itali bahawa Roma mungkin berminat untuk membuat pinjaman Henrikh Mkhitaryan menjadi perpindahan kekal.

Walau bagaimanapun, sebelum perkara itu berlaku, jelas sekali bahawa pasukan Serie A itu perlu layak ke saingan Liga Juara-Juara, kerana sekira gagal beraksi dalam saingan tertinggi kelab Eropah, mereka akan memiliki dana yang terhad.

Dengan usia (umur – 31 tahun) dan tempoh kontrak (hanya tinggal setahun lagi bersama Arsenal), ia dijangkakan nilai perpindahan Mkhitaryan tidaklah begitu mahal / tinggi.

Pun begitu, Roma terpaksa memperjudikan nasib mereka sekiranya menandatangani Mkhitaryan apabila mengambil kira rekod kecederaan pemain tersebut.

Mengambil kira kesemua faktor tersebut, pihak Roma kini dilaporkan mengendurkan minat mereka untuk menandatangani pemain tersebut secara kekal.

Ini dijelaskan dalam laporan Corriere dello Sport, dimana mereka mengatakan Arsenal ‘terbuka untuk menjual’ pemain antarabangsa Armenia, namun pihak Itali turut dilaporkan ‘tidak yakin’ mengenai usaha mereka untuk menandatangani pemain tersebut.

Itu tidak bermakna mereka tidak akan membuat sebarang usaha untuk Mkhitaryan, tetapi ia dinyatakan bahawa Gianluca Petrachi dan pihak Roma hanya akan menunggu untuk ‘membuat keputusan pada akhir musim’.

Selepas disisihkan dalam empat perlawanan terakhir liga setelah mengalami kecederaan paha, pemain dipinjamkan Arsenal ini kembali beraksi selama 90 minit dan berjaya menjaringkan satu gol dalam kekalahan 3-2 kepada Bologna pada hujung minggu lalu.

Laporan Il Messaggero, sebaliknya lebih keras, dengan mengatakan pemain sayap itu ‘tidak akan dibeli’ Roma dan akan kembali ke Emirates pada akhir musim ini.

Kontrak Mkhitaryan bersama Arsenal akan berakhir pada Jun 2021 dan setakat ini tiada laporan mengatakan bahawa rundingan pembaharuan kontrak sedang dijalankan bagi mengekalkan pemain tersebut di Emirates.

Dan dengan hanya setahun sahaja lagi bersama Arsenal, sudah pasti The Gunners dilihat cenderung untuk menjual pemain tersebut pada musim panas nanti.

Ini kerana, pihak pengurusan kelab pasti belajar dari kesilapan dimana satu kerugian sekiranya melepaskan pemain secara percuma.

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment