Arsenal terus pantau perkembangan Brad Young

Brad Young

Penjaga gol remaja Hartlepool United, Brad Young berada dalam radar pemerhatian Arsenal dan Manchester United.

Penjaga gol berusia 17 tahun ini sudah mula mendapat perhatian kelab-kelab elit selepas memberikan beberapa aksi yang memberangsangkan bersama kelabnya.

Dia baru sahaja menerima panggilan menyertai skuad remaja England, dan ini sudah pasti menambah faktor untuk membawanya sama ada ke Old Trafford atau Emirates pada masa akan datang.

Young telah dinaikkan ke pasukan bawah 18 tahun Hartlepool selepas berterusan memberikan aksi yang positif bersama pasukan-pasukan peringkat umur lebih rendah.

Selepas lima tahun sejak sertai the Pools, dia telah menandatangani kontrak profesional pertamanya pada musim panas lepas.

Kelab yang beraksi di liga Conference Premier ini mahukan keuntungan yang besar daripada penjualan pemain remaja berketinggian 6 kaki ini.

Selain United dan Arsenal, Chelsea turut dilaporkan mahu bersaing untuk mendapatkan khidmatnya.

Be the first to comment