
The Gunners dilaporkan telah membuat hubungan dengan pemain pertahanan pada jendela perpindahan Januari.
Salah satu bahagian yang Corriere dello Sport dilihat begitu bersemangat dalam laporan mereka adalah mengenai Arsenal yang bersungguh-sungguh mahu memperkukuhkan skuad pada jendela Januari.
Dan The Gunners dilaporkan memberi penekanan pada pemain pertahanan kiri walaupun sebelum ini telah menandatangani Kieran Tierney.
Namun pemain yang menjadi pengganti Monreal itu mengalami kecederaan dan meninggalkan hanya Sead Kolasinac sahaja, yang satu-satunya pemain yang sedia dan mampu digunakan Arteta.
Ini menyebabkan Arteta merasakan keperluan untuk mempunyai pemain tambahan pada posisi tersebut, dimana ia dilaporkan Konstantinos Tsimikas menjadi sasaran The Gunners.

Pun begitu, tiada tawaran yang pernah dilakukan The Gunners untuk mendapatkan pertahanan kebangsaan Greece itu, walaupun Arsenal telah disebutkan beberapa kali sebagai pencabar berpotensi untuk mengatasi Napoli, yang turut berminat mendapatkan pertahanan kiri Olympiakos itu.

Walau bagaimanapun, menurut Calciomercato, Tsimikas bukanlah satu-satunya pemain pertahanan yang kedua-dua kelab itu berminat, seperti yang dijelaskan The Gunners juga melihat Amir Rrahmani.

Laporan itu menjelaskan dimana Napoli mempunyai persetujuan dengan Hellas Verona untuk bek tengah seawal pertengahan November – awal Disember untuk pemain antarabangsa Kosovo ini, tetapi Arsenal tidak tahu dan menyedari mengenai perkara tersebut.

Laporan tersebut mengatakan bahawa pihak Mikel Arteta muncul untuk mendapatkan Rrahmani pada awal Januari.
Bagaimanapun pihak Verona berbincang terlebih dahulu bersama pasukan Serie A, Napoli dan yang bukannya memulakan perbincangan dengan pihak Arterta.
Menghormati kesepakatan mereka dengan pihak Aurelio De Laurentiis (Napoli), Verona memberitahu The Gunners mengenai perkara tersebut.
Selepas itu, Arsenal tidak pernah kembali, mungkin memberi tumpuan kepada pemain sasaran lain, seperti Pablo Mari.