Arteta anggap Maitland-Niles pemain penting.

Ainsley Maitland-Niles
Posisi manakah terbaik buat pemain muda Arsenal ini?

Ketua Jurulatih Arsenal, Mikel Arteta memuji Ainsley Maitland-Niles dan mengakui masa depannya boleh terletak di bahagian tengah.

Maitland-Niles, 22 tahun, bermain sebagai pemain tengah, pemain sayap, bek kanan atau sayap belakang (wing back) untuk Arsenal.

Beliau menghabiskan musim 2015-16 sebagai pemain pinjaman untuk Ipswich Town.

Di peringkat antarabangsa, beliau mewakili England untuk skuad bawah 17 hingga ke tahap bawah 21 tahun.

Walaupun berjaya mempamerkan aksi cemerlang pada posisi hadapan, Maitland-Niles lebih kerap digunakan sebagai full back selepas aksi yang menyakinkan ketika di bawah Arsene Wenger.

Posisi yang dimainkan Maitland-Niles pada musim 2017/18.

Musim ini, beliau juga lebih kerap digunakan pada posisi full-back berbanding posisi (pemain) tengah.

Posisi yang dimainkan Maitland-Niles pada musim ini (2019/20).

Musim ini, 2019/20 Maitland-Niles telah membuat 21 penampilan dalam kesemua pertandingan dengan 15 kali beraksi pada posisi full back.

Posisi Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Right-Back 14 2
Right Midfield 5 1
Left-Back 1

Arteta, dalam pendedahan yang dibuat menjelang pertemuan menentang Burley mengakui Maitland-Niles merupakan salah seorang pemain muda berbakat dan penting dalam skuad kendaliannya.

Selepas berjaya menandatangani pertahanan kanan Cedric Soares, Arteta kembali membayangkan untuk menggunakan pemain berusia 22 tahun itu pada posisi lain.

“Ainsley boleh bermain dalam pelbagai kedudukan dan bermain dengan baik,” katanya kepada Football London.

“Dia pemain yang sangat berguna dengan kelajuan tinggi, teknik yang baik dan keupayaan melakukan hantaran yang baik.

“Dia boleh bermain sebagai pemain tengah menyerang kerana dia mampu menghasilkan ancaman setiap kali dengan lariannya.

“Dan dia boleh memainkan peranan sabagai holding midfielder kerana dia banyak bermain pada posisi itu dalam kariernya.

“Sukar untuk mempunyai pemain yang boleh bermain dalam pelbagai posisi. ”

Arsenal kembali beraksi malam ini dalam saingan Liga Perdana apaila bertemu Burnley di tempat lawan.

Perlawanan Arsenal malam ini.
About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment