Arteta berjaya lakukan apa yang Emery tidak mampu.

Mikel Arteta telah mengendalikan 11 perlawanan semenjak dilantik menjadi Ketua Jurulatih Arsenal menggantikan Unai Emery.

Unai Emery dipecat setelah pasukan mempamerkan aksi hambar selain beberapa faktor dalaman yang tercetus memasuki musim kedua beliau mengendalikan The Gunners.

Manakala Mikel Arteta pula dilantik selepas itu (selepas Ljungberg mengendalikan buat sementara) dan perlantikan beliau turut menerima respon negatif sebahagian peminat dan penyokong Arsenal termasuklah pemerhati sukan bolasepak.

Ini kerana, Arteta masih tidak mempunyai sebarang pengalaman mengendalikan mana-mana kelab dan beliau menjadi ketua jurulatih kepada Arsenal, sebuah pasukan besar di Eropah mahupun di dunia.

Bagaimanapun, perkara itu tidak lagi menjadi bualan setelah Arteta dilihat berjaya memulihkan Arsenal walaupun masih banyak perkara yang perlu dilakukan oleh bekas kapten The Gunners itu.

Emery meninggalkan Emirates dengan pasukan Arsenal berada ditangga ke-8, mengumpul 18 mata hasil empat kemenangan, enam seri dan tiga kekalahan.

Dan Emery turut meletakkan Arsenal berada dikedudukan lebih baik berbanding dengan dua kelab yang tergolong dalam 6 Kuasa Besar Liga Inggeris iaitu mengatasi Manchester United dan juga Tottenham Hotspur.

Emery hanya sempat mengendalikan 13 perlawanan liga buat Arsenal musim ini (2019/20)

Manakala Arteta pula, selepas mengendalikan lapan perlawanan liga, mengumpul 11 mata, hasil daripada dua kemenangan, lima seri dan satu kekalahan.

# Perlawanan Liga Lawan Keputusan Mata dipungut
1 19 Bournemouth vs Arsenal 1:1 1
2 20 Arsenal vs Chelsea 1:2 0
3 21 Arsenal vs Manchester United 2:0 3
4 22 Crystal Palace vs Arsenal 1:1 1
5 23 Arsenal vs Sheffield United 1:1 1
6 24 Chelsea vs Arsenal 2:2 1
7 25 Burnley vs Arsenal 0:0 1
8 26 Arsenal vs Newcastle United 4:0 3
JUMLAH MATA DIPUNGUT : 11

Jika diambil kira peratusan kemenangan kedua-dua pengendali itu (berdasarkan lapan perlawanan pertama), jelas Emery dilihat lebih berjaya berbanding Arteta.

Emery menghasilkan 37.5% kemenangan berbanding 25% yang dicatatkan Arteta.

Pengendali Menang
Seri Kalah
Unai Emery 3 4 1
Mikel Arteta 2 5 1
Peratusan Menang Seri Kalah
Unai Emery 37.5% 50% 12.5%
Mikel Arteta 25% 62.5% 12.5%
Bil Unai Emery – 8 Perlawanan Pertama Liga Mikel Arteta – 8 Perlawanan Pertama Liga
1 Newcastle United 0:1 Arsenal FC Bournemouth 1:1 Arsenal
2 Arsenal FC 2:1 Burnley FC Arsenal 1:2 Chelsea
3 Liverpool FC 3:1 Arsenal FC Arsenal 2:0 Manchester United
4 Arsenal FC 2:2 Tottenham Hotspur Crystal Palace 1:1 Arsenal
5 Watford FC 2:2 Arsenal FC Arsenal 1:1 Sheffield United
6 Arsenal FC 3:2 Aston Villa Chelsea 2:2 Arsenal
7 Manchester United 1:1 Arsenal FC Burnley 0:0 Arsenal
8 Arsenal FC 1:0 AFC Bournemouth Arsenal 4:0 Newcastle United

Walaupun Emery memberikan peratusan kemenangan yang lebih baik berbanding Arteta, namun dari segi corak pemain ianya menceritakan sebaliknya.

Malah pemain-pemain juga dilihat mengalamai masalah dalam mempraktikan corak yang diperkenalkan Emery.

Dan itu seterusnya membawa kepada ‘pertengkaran’ dan laporan negatif terhadap pasukan.

Statistik pemain juga menunjukkan dimana prestasi individu ternama semakin merosot dan lebih mengejutkan, Emery ‘mempenjarakan’ beberapa pemain berbisa dan ternama The Gunners.

Serta, moral pemain-pemain juga dilihat menurun dan pasukan kelihatan ‘berpecah-belah’.

Namun Arteta berjaya melakukan sesuatu yang tidak mampu dilakukan Emery terhadap pemain dan pasukan Arsenal.

Kebangkitan Pemain di Bawah Arteta.

Dibawah kendalian Emery, rata-rata pemain yang sebelum itu berada diprestasi terbaik (sekurang-kurangnya bermain baik) mula merudum dan moral pemain juga semakin teruk.

Dan pada musim ini, Shkodran Mustafi tidak pernah diberikan peluang dalam aksi Liga Perdana oleh Emery walaupun musim sebelum itu beliau telah membuat 31 penampilan (dibawah Emery pada musim 2018/19).

Shkodran Mustafi di bawah kendalian Emery
Musim Liga Perdana Eropah Piala FA Piala Liga Gol Bantuan
2018/19 31 6 1 2 3 0
2019/20 0 5 0 2 1 0

Mustafi bukanlah pemain pertahanan yang teruk, namun dibawah Emery, beliau kelihatan begitu teruk sehinggakan menerima kecaman peminat dan penyokong Arsenal.

Statistik Mustafi pada musim terakhir Arsene Wenger mengendalikan Arsenal.
Statistik Mustafi musim 2017/18 berbanding pertahanan lain.
Perbandingan Arsenal dengan dan tanpa Mustafi.

Namun bukan Mustafi seorang saja yang menerima nasib sedemikian, Mesut Ozil juga dihukum dan ‘dipenjarakan’ oleh Emery.

Tahun-tahun kegemilangan Ozil bersama Arsenal adalah pada kemunculan awal beliau di Emirates.

Musim pertamanya pada 2013-14 menyaksikan Arsenal terlibat dalam perebutan gelaran liga sebelum merosot pada separuh kedua kempen musim tersebut.

Pun begitu, Ozil merupakan komponen penting untuk pasukan dengan Arsenal memungut 2.2 mata setiap perlawanan ketika beliau beraksi.

Pengaruh Ozil di padang mungkin semakin berkurangan sejak bertahun-tahun tetapi tetap positif secara keseluruhan.

Dibawah Emery, walaupun masih digunakan, namun prestasi Ozil sentiasa menerima keceman sehinggakan beberapa insiden tidak enak didengari.

Mesut Ozil dibawah kendalian Emery
Musim Liga Perdana Eropah Piala FA Piala Liga Gol Bantuan
2018/19 24 10 1 0 6 3
2019/20 8 1 0 2 0 2

Bagi yang kurang mengenali corak dan gaya pemainan Ozil, mereka melihat Ozil seorang yang ‘pemalas’ dan kurang membantu pasukan ketika bertahan.

Namun Ozil merupakan pemain no.10 klasik yang harus difahami.

Emery jelas gagal memahami dan menggunakan Ozil dengan sebaik mungkin dan menyebabkan perancang berbisa ini sentiasa menerima kecaman.

Terbaru, ketika menentang Newcastle, Ozil sekali lagi dikatakan ‘pemalas’ dan tidak menyumbang sepenuhnya kepada pasukan.

Namun statistik menunjukkan Ozil merupakan pemain kedua yang banyak membuat larian diatas padang, dibelakang Xhaka.

Statistik larian individu ketika menentang Newcastle.

Ozil menjaringkan gol pertamanya untuk The Gunners sejak April 2019 apabila pasukan Arteta meledakkan empat gol tanpa balas terhadap pasukan Steve Bruce.

Penampilan dan aksi Ozil pada perlawanan tersebut merupakan yang terbaik sejak peninggalan Arsene Wenger.

Dan Arteta berjaya mengembalikan yang terbaik dari Ozil, sesuatu yang gagal diberikan Emery ketika mengendalikan Arsenal.

Mesut Özil vs Newcastle United (H)
89 minutes played
96% pass accuracy – highest in match
5 ball recoveries
4 chances created
2 times fouled
2 dribbles (1 succ.)
1 long ball (1 acc.)
1 goal
Rating Mesut Ozil bermula September hingga kini.

Arteta bagaikan dapat menggunakan Ozil untuk melengkapkan pasukan, membina kembali indentiti Arsenal seperti mana apa yang pernah diperkatakan Mourinho mengenai pemain ini.

Mesut is a phenomenal player, one of these players you buy to complete the puzzle of your team. You put him in and you know automatically your team becomes better.” — José Mourinho.

Perlawanan Menentang Newcastle bukti Arteta mampu melakukan apa yang gagal dilaksanakan Emery bersama Arsenal.

Arsenal kelihatan begitu segar dan penuh semangat selepas rehat musim sejuk Liga Perdana Inggeris, dan ini dapat disaksikan pada perlawanan menentang Newcastle.

Boleh dikatakan Arteta kini telah menemui rentak dan juga pemain dalam melengkapkan sistem beliau bagi aksi Liga Perdana.

Selain Mustafi dan Ozil, Arteta juga berjaya memulihkan kembali pemain yang menerima kecaman peminat dan penyokong Arsenal sendiri iaitu Granit Xhaka.

Xhaka juga menunjukkan peningkatan setelah Arteta mengambil alih Arsenal.

Pemain ini dilucutkan jawatan sebagai kapten pasukan setelah bertindak balas terhadap kutukan dan makian peminat Arsenal sendiri dan Emery tidak banyak membantu pemain ini selepas itu.

Pun begitu, Arteta berjaya memulihkan pemain ini dan juga respon peminat terhadap Xhaka.

Hasilnya, Xhaka kini bukanlah Xhaka ketika di era Unai Emery.

Beliau semakin mantap dan walaupun statistik tidak menunjukkan begitu ketara dibawah Arteta setakat ini.

Pun begitu, peminat dan penyokong Arsenal kembali menerimanya.

Statistik Xhaka dibawah Arteta dan keseluruhan musim ini.

Xhaka adalah satu-satunya pemain Arsenal untuk merangkumi lebih jauh pada perlawanan menentang Newcastle tempoh hari.

Manakala Pierre-Emerick Aubameyang mencatatkan jumlah larian (sprint) paling banyak dan Ozil merangkumi 6.67 batu, melakukan empat sprint dan mencapai kelajuan tertinggi melebihi 20mph.

Statistik perlawanan itu menunjukkan bahawa David Luiz melengkapkan hanya satu sprint semasa perlawanan berbanding 18 dari Aubameyang.

Walaupun majoriti aksi perlawanan berlaku di kawasan Newcastle, penjaga gol Arsenal, Bernd Leno turut meliputi jarak 2.9 batu.

Dan lebih penting, Arsenal kini tidak lagi ditekan dan Leno pula tidak lagi menerima ataupun cuba menyelamatkan gawang lebih banyak.

Serta dapat disaksikan bahawa Arsenal kini adalah hampir menjadi Arsenal sebenar, malah pemain-pemain juga dilihat gembira dan bersatu.

Sesuatu yang sukar dilihat ketika Emery menguruskan Arsenal.
Sama-sama meraikan.
Sukar untuk digambarkan.
Gandingan Luiz dan Mustafi juga dilihat semakin mantap.

Secara kesimpulannya, Arteta jelas berjaya melakukan apa yang tidak mampu dilakukan Emery di Arsenal.

Selain keharmonian dikalangan pemain, hubungan diantara penyokong dengan pasukan serta pemain juga dilihat begitu mesra bagaikan sebuah keluarga.

Apa-apapun itu sekadar pendapat penulis dan anda sudah pasti memiliki pendapat sendiri.

Kongsikan bersama kami ya!

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment