Connect with us

Arsenal

Arteta jelaskan keputusan beliau mengenai Guendouzi menjelang pertembungan Arsenal menentang Olympiacos.

Published

on

Arsenal akan menentang kelab Greece, Olympiacos jam 4 pagi esok, waktu Malaysia.

Pemain tengah Arsenal, Matteo Guendouzi tidak disenaraikan Arteta ketika The Gunners membelasah Newcastle United pada Ahad lalu dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Namun, Arteta menyenaraikan pemain tersebut dan menyertai skuad untuk menghadapi Olympiacos bagi saingan Liga Europa.

Sebelum ini, terdapat laporan mengatakan bahawa Guendouzi digugurkan Arteta dari skuad yang mencatatkan kemenangan 4-0 ke atas Newcastle United kerana Ketua Jurulatih itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan sikap pemain tersebut ketika menjalani latihan.

Advertisement

Malah laporan Goal mengatakan bahawa Guendouzi telah ‘bertengkar’ dengan Arteta.

Matteo Guendouzi was left out of the Arsenal squad for Sunday’s Premier League win against Newcastle following an argument with head coach Mikel Arteta and members of his coaching staff during the Gunners’ mid-season training camp in Dubai. — Goal.

Walau bagaimanapun, apa-apa pun masalah diantara mereka berdua, nampaknya ia telah diselesaikan apabila Arteta dilaporkan menyenaraikan Guendouzi bersama skuad yang akan berkunjung ke Greece.

Guendouzi dan Arteta

Dan Arteta menjelaskan mengapa beliau memilih untuk tidak menyenaraikan Guendouzi pada perlawanan menentang Newcastle, tetapi kini telah menyenaraikannya untuk aksi Eropah.

Bercakap pada persidangan media sebelum perlawanan Liga Europa peringkat 32 terbaik, Arteta berkata:

Advertisement

“Saya hanya melakukan pemilihan saya berdasarkan bagaimana mereka berlatih, bermain dan tingkah laku mereka.

“Ianya mengenai cara kami berlatih.

“Saya mahukan pemain terbaik untuk setiap permainan dan saya pilih mereka berdasarkan apa yang saya lihat setiap hari.

“Saya hanya membuat pemilihan pasukan saya dan skuad dipilih dalam hal bagaimana mereka bermain, bagaimana mereka ketika berlatih dan bagaimana sikap mereka (kelakuan).

Advertisement

“Setiap minggu ia akan berbeza. Satu minggu ia akan menjadi satu sebab, minggu lain, ia akan menjadi satu lagi sebab. ”

Pun begitu, Arteta tidak mengesahkan sama ada Guendouzi akan bermain menentang Olympiacos di Stadium Karaiskakis, walaupun beliau tidak menolak mengenai penggiliran pemain yang akan dilakukan.

“Kami berehat selama 15 hari, kami bermain hanya satu perlawanan jadi esok saya akan meletakkan pasukan yang kami fikir adalah yang terbaik,” katanya.

Guendouzi telah membuat 29 penampilan untuk The Gunners setakat ini (musim ini), dengan penampilan terakhirnya adalah ketika mencatatkan keputusan seri 0-0 dengan Burnley di Turf Moor awal bulan ini.

Advertisement