
Ketua Jurulatih Arsenal, Mikel Arteta mahukan pasukannya menikmati corak dan gaya bertahan yang diamalkan ketika ini.
The Gunners kini memiliki tiga perlawanan tanpa bolos berturut-turut setelah mencatatkan kemenangan dalam saingan Liga Europa menetang Olympiacos.
Gol jaringan Alexandre Lacazette sembilan minit menuju masa penamat sudah cukup untuk memastikan kemenangan 1-0 di Piraeus dengan Arsenal kini berada di kedudukan terbaik untuk melayakkan diri ke pusingan 16 pasukan terbaik.

Walaupun penyerang Perancis itu mensia-siakan beberapa peluang yang terhidang, namun Arteta sekali lagi terkesan dengan kerja-kerja barisan pertahanannya.
Semenjak April lalu Arsenal tidak pernah melalui tiga perlawanan tanpa melepaskan gol terutamanya ketika di bawah jurulatih sebelum ini, Unai Emery, yang mana menyaksikan The Gunners menjadi salah satu pasukan paling terbuka dalam Liga Perdana sehinggakan memberi begitu banyak peluang kepada pihak lawan.
Walaupun Arteta bermula agak perlahan semenjak menggantikan rakan senegaranya, namun beliau melakukan sesuatu jelas, yang dibuat untuk memperbaiki barisan pertahanan The Gunners.
Dan nyata Ketua Jurulatih Arsenal ini gembira dengan usaha para pemainnya mempamerkan aksi yang diharapkan terutamanya ketika menentang pasukan dari Greece, Olympiacos.
“Kami memberitahu mereka bahawa mereka juga perlu gembira dan menikmati dalam bertahan,” jelas Arteta.
“Ini adalah sebahagian besar permainan dan seperti malam ini, jika anda melepaskan bola, anda lebih baik kembali dan dapatkan semula bola itu secepat mungkin.
“Namun mereka bermain dengan hati yang besar. Saya lihat banyak usaha besar berpasukan, bukannya memisahkan ia hanya bergabung dengan sangat cepat.
“Pemain sayap sebelum ini digunakan untuk mempunyai peranan yang berbeza, sekarang mereka menjejaki semua orang.
“Saya fikir kami melakukan banyak kerja untuk memastikan ia kekal padat (compact) dalam banyak situasi apabila kami tidak mempunyai bola dan kami gembira dengan itu kerana ia adalah sebahagian besar [pemainan].”
Keputusan perlawanan dibawah kendalian Arteta (susunan terkini-menurun)
Bil. | Saingan | Perlawanan/Peringkat | Lawan | Keputusan | Formasi | |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | Liga Europa | 32 Terakhir | Olympiacos | Menang | 0:1 | 4-2-3-1 |
2 | EPL | 26 | Newcastle | Menang | 4:0 | 4-2-3-1 |
3 | EPL | 25 | Burnley | Seri | 0:0 | 4-2-3-1 |
4 | Piala FA | Pusingan keempat | Bournemouth | Menang | 1:2 | 4-2-3-1 |
5 | EPL | 24 | Chelsea | Seri | 2:2 | 4-2-3-1 |
6 | EPL | 23 | Sheffield Utd. | Seri | 1:1 | 4-2-3-1 |
7 | EPL | 22 | Crystal Palace | Seri | 1:1 | 4-2-3-1 |
8 | Piala FA | Pusingan Ketiga | Leeds | Menang | 1:0 | 4-2-3-1 |
9 | EPL | 21 | Man Utd | Menang | 2:0 | 4-3-3 Defending |
10 | EPL | 20 | Chelsea | Kalah | 1:2 | 4-2-3-1 |
11 | EPL | 19 | Bournemouth | Seri | 1:1 | 4-2-3-1 |
Arsenal akan menentang Everton bagi saingan Liga Perdana Inggeris malam ini, jam 12.30 malam waktu Malaysia.
Dalam perkembangan pasukan, Mesut Ozil dan Lucas Torreira dilaporkan mampu untuk beraksi pada perlawanan malam ini.
Ozil sebelum ini (perlawanan menentang Olympiacos) direhatkan bagi memberi peluang kepada beliau menyambut kelahiran bayi pertamanya.
Manakala Torreira pula dilaporkan mengalami masalah kesihatan (tidak sihat).
